Saturday, November 21, 2009

Goodbyes

Semalam berakhirlah sesi persekolahan 2009. Dan semalam jugalah detik perpisahan antara aku dengan budak-budak Tahun 6 yang agak rapat dengan aku. Sehinggakan Rahimin pun berebut dan sudi mencium tangan aku. Ye lah, semalamlah hari terakhir mereka akan berjumpa aku, guru yang paling sporting di abad ini (tetapi masih tegas).

Semalam jugalah (malam) merupakan jamuan makan malam KGK sekolah kami. Dan semalam juga merupakan jamuan perpisahan dengan C. Khisam dan Liza H. Aku nak komen...aku tak kira laa positif ke negatif ke. Aku ada hak dan ini blog aku. Sukati aku lah kan? Pandangan aku ni tak payah bayar...lagipun aku bukan kondem, aku kasik pandangan je...

Aku tak seronok dengan majlis semalam. Sebab...

  1. Makanan dia bagi aku bukan standard majlis makan malam. Tapi nak wat camano...makan jer laa. Lagipun kenyang jugak ler perut...
  2. Tempat buffet sempit. Aku tak kisah kalau buffet tapi biarlah tempat senang nak lalu.
  3. Tempat makan pun sempit. Nak lalu lalang susah.
  4. Ada AJK tak datang. Nama naik cabutan bertuah tapi tak datang...padan muka!!!
  5. Objektif untuk merapatkan silaturahim tak berjaya. Ntah ler kenapa...
  6. Lagu perpisahan hampeh (aku jugak yang carik, tapi bukan idea aku). Sebab tuh Encik I gelak. Aku pun nak gelak. Yelah, tak sesuai dan tak meleleh pun. Aku heran, masa KGK buat majlis makan malam untuk Kak CT aku nangis doww (walaupun aku tak berapa sangat dengan makcik tuh) sebab KGK masa tuh kreatif dan buat bersungguh2. Kak Nor pasti kembang kuncup buat masa ini (masa tuh aku pun jadi SU, Linda jadi treasurer...hehehehe).
  7. Miss Nur Kasih...Warghhhhhhhhhhhhhhh!!! Ini yang paling aku hot!!!
Aku budget aku nangis semalam, tapi ntah kenapa aku tak boleh nangis. Yelah, Liza ni agak rapat dengan aku. Sebelum aku kawin aku berjalan merata-rata dengan budak nih. Ada masalah dengan boyfriend mesti pegi rumah dia...ngadu dengan dia. Bila aku dah kawin aku jarang pergi rumah dia. Sampaikan mak dia pukul aku sebab lama tak datang rumah. Adeighh...aku ingat lagi. Pedih tuu...


Penulis bersama Liza H

Tapi disebabkan suasana majlis tak syahdu, maka aku tak nangis. Aku heran...sangat2 heran. Padahal budak tuh nak pindah skolah. Kak CT pegi aku nangis, Kak Hindon pindah aku nangis, Cikgu Khirel pindah aku bergenang air mata, Liza J pindah keluar setitik dua (woi, banyak dosa dengan beliau...apa dia? I've forgiven and forgotten...tapi teringat balik sebab tulis blog nih). Tapi dengan Liza H ni aku tak nangis. Setitik pun tak keluar. Aku lebih banyak buat lawak. Ohh, aku teringat. Masa nak berpisah dengan Kak Ha pun aku tak nangis. Nape ye? Dengan kawan2 yang aku agak rapat aku tak nangis? Tengok The Biggest Loser nangis plak. Orang tuh dapat duit sebab kurus kita lak nangis...heheheheheh...Mungkin orang akan kata aku tak emosional, suka bila orang tuh pindah. Ehh, idak laa oii. Aku akan rindu beliau. Sebab aku suka kacau beliau. Suka kacau laki beliau juga...Adik2 beliau pun aku kacau...hahahahah. Anak beliau jer tak kacau lagi. Picit2 jer...

Ntah ler, sekiranya Ita pindah adakah aku menangis? Ehh tapi Ita kata dia nak menetap sini tapi mana tau terpindah sekolah ke. Mana tau aku ke yang pindah sebab aku ada hajat nak balik kampung bila suami aku dah pencen (beliau pencen pada umur 40-an). Ohh, aku jugak akan sedih kalau Kamal pindah sebab dia BANYAK sangat tolong aku. Tak terbalas budi baiknya terhadap aku.

Tapi setiap orang akan berpisah. Tak kisah laa berpisah dengan cara apapun. Sama ada pemergian ke mana-mana destinasi ataupun kematian...Perghhh...madah!!!


1 comments:

jijah montel said...

i have read full synopsis of nur kasih.. so now memang selalu miss.. ehehehhe..