Wednesday, November 25, 2009

The Best National Athlete Goes To...

(10 tahun sebelum itu)

Uhh...alangkah bestnya kalau dapat dengar nama beliau diumumkan selepas ayat di atas diucapkan di dalam TV. Kalau tak dalam TV dalam paper cukup laa. Ye ler, jarang tengok Majlis Olahragawan Kebangsaan dalam TV.

Pagi tadi aku dapat call dari sekolah. Tapi biasalah, call tak berangkat. Aku call sekolah balik, tanya apekehe? Takut ada apa tak kena pasal borang RK jer. Sebelum tu awal-awal Kak Non (PA sekolah aku) call tanya pasal pembetulan pada borang. Maka, Kak Non yang setia di tepi telefon angkat telefon. Aku tanya apekehe? KakNon cakap RAHIMIN DAPAT SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL dan mahu aku contact Rahimin sebab pihak sekolah tak dapat menghubungi bapa beliau. Aku terkedu sementara, kemudian tanya "Ye ke?"dalam nada yang korang sendiri tau. Kak Non mengiyakannya dan tanya balik "Hah, suka ke cikgu?" Oii, sapa tak suka oii salah sorang anak murid kesayangan berjaya. Aku rasa beliau pioneer dari SKTB. Maka, tercapai laa impian beliau untuk mejadi atlit kebangsaan.

Aku terus call....Linda. Hoh, aku tak call budak tu terus. Aku call mak angkat dia dulu. Linda yang tengah berpantang berasa teruja dengan berita tersebut. Alhamdulillah kata beliau. Dia kirim ucap tahniah.



Lepas call Linda baru aku call Imin. Aku guna phone rumah sebab tuh dua kali call baru berangkat. Imin tanya, sapa nih? Aku cakap laa Teacher Emmi. Aku kata "Imin, esok Imin kena pi sekolah tau. Amik borang. Imin dapat Sekolah Sukan Bukit Jalil". Aku tak dapat sebarang respon...senyap. Tengah fikir kot. Selepas beberapa saat berita dicanang baru ler aku dengar sorakkan. Beliau sebenarnya tak percaya dan tanya betul ke teacher? Laa, betul laa...aku cakap. Suka tak? Aku tanya. Suka laa teacher...pehh...aku ingat tak suka.

Lepas tu baru ler aku sms guru-guru berkenaan. Berterima kasih atas latihan, ajaran dan didikkan mereka. Seingat aku Imin cuma dapat 2A, 2B dan IC. Tapi beliau menerima keputusan beliau dengan positif. Muka ceria dan senyum tak macam rakan-rakan yang lain walaupun dapat 3A atau 4A. Seingat aku lagi, hanya beberapa kerat jer cikgu yang ucap tahniah kat beliau. Yang pasti aku salah satu daripada mereka. Aku agak bangga dengan pencapaian beliau dan yakin beliau akan dapat apa yang beliau impikan.

Sejuk perut mak beliau mengandung. Berbaloi penat jerih bapak beliau mencari rezeki. Berbaloi juga penat lelah kami guru-guru melatih beliau dalam bidang sukan, mengajar beliau dalam bidang pelajaran dan mendidik beliau untuk menjadi seorang manusia. Berbaloi jugak lah aku bersengkang mata berulang-alik memandu dari sekolah ke Ipoh, menjaga makan minum semasa di Manjung. Dan akhir sekali berbaloi jugak lah beratus-ratus duit aku habis sebab beliau. Aku ingat ada sorang kakak tuh kata Rahimin tak boleh pergi jauh dengan olahraga sebab masa beliau tak bagus sangat (nak kata anak dia lagi bagus ler tuh), tapi tengok...dapat emas & perak dalam olahraga negeri, dapat panggilan dari sekolah sukan...bukan sekali tapi dua kali. Sebab tuh aku halang beliau daripada masuk team bola baling daerah dan aku tak marah pun bila beliau menarik diri dari team softball daerah sebab demam. Sebab aku nak beliau fokus perkara terbaik yang beliau boleh buat. Kalau nak diikutkan hati beliau sendiri semua beliau nak main.


Sebahagian daripada video yang aku buat sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan baru-baru ni

Esok kena pergi jugak sekolah. Bagi duit skit kat Imin. Aku ada pegang skit duit beliau dan aku top up laa skit sebagai penghargaan. Lagipun ada amanat skit nak bagitau Imin. So, sebelum aku mengakhiri entry ini aku nak ucapkan terima kasih dari pihak Rahimin dan aku sendiri kepada big boss yang sentiasa menyokong di belakang dan kasik pocket money bila diminta. Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru yang pernah mengajar, melatih, mendidik dan menyokong beliau. Tak kisah laa guru-guru SKTB ke, guru-guru bekas sekolah dia ke, guru-guru yang bawak dia pergi main ke. Tak lupa juga kakitangan sekolah yang menguruskan surat-surat. Terutama sekali Linda kerana 80 meter lari berpagar. Kalau tak dipaksa masuk acara itu, nama beliau takkan naik dalam senarai pemilihan ke sekolah sukan. Ya, dengan membuat keputusan yang simple, dapat merubah masa depan seseorang...

Tahniah kepada Rahimin. Tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa beliau kerana telah melahirkan seorang anak yang dapat membanggakan nama sekolah dan cukup sporting kalau aku nak bawak pergi mana-mana pun.

Sesungguhnya aku tumpang berbangga...

2 comments:

jijah montel said...

tahniah rahimin!!! moga menjadi insan yang cemrlang.. dunia dan kahirat :)

lynda_siebie said...

Sejuta tahniah buat Rahimin..moga berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa satu hari nanti...insyaallah...thanks a lot kpd sumer cikgu2 yg membantu melatih rahimin. kepada empunye blog nie...Pn. Emmi...mekasih banyak2 yer....sesungguhnye bila kita ada member yg bersemangat...kita pun jadi lebih bersemangat!!!!!!