Sunday, November 01, 2009

Kokurikulum's Day

Hari ni aku bangun pagi dengan sakit-sakit badan sebab...


Semalam aku terkinja-kinja di padang masa sukaneka sempena hari Koko. Aku rasa aku ler cikgu yang bersungguh-sungguh dalam memastikan badan uniform bawah aku menang. Cikgu-cikgu lain pun bersungguh-sungguh jugak tapi aku rasa tak de la beria-ria macam aku. Sampai dapat pemimpin terbaik KRS tuh...ahahahahahahah!!! Thank you all!


Kem Komanden

Apa-apa pun hari koko semalam memang best. Rugi sapa tak datang. Penat memang penat tapi rasa macam penat tuh berbaloi sangat. Biasalah, kami cikgu-cikgu ni memang malas nak datang sekolah masa weekend tapi aku rasa macam best sangat aktiviti-aktiviti semalam. Tahniah pada yang menganjurkannya.


Aktiviti sampingan

Aku sorang jer cikgu KRS yang pakai uniform. Nak marah jugak tapi benda kecik aku malas jadikan benda ini sebagai satu isu. Tapi itu tak penting, apa yang penting? KERJASAMA! Ya, kerjasama antara kami guru-guru dan tunas-tunas memang erat. Kami tak kisah kami kalah. Tapi objektif hari Koko keseluruhanya tercapai la jugak. Kira semua badan uniform menang ler. Sebab tuh takde pemenang keseluruhan. Sebab semua menang, tiada pengKALAH. Huhuhuhu!


Budak-budak aku caca marba


Mana topi ko? Tertinggal teacher...

Pagi-pagi berkawad. Berpeluh jugak ketiak susun budak-budak. Uniform tKRS ntah hape-hape. Malas aku nak komen. Lepas kawad masak-masak. Acara yang ditunggu-tunggu. Aku memang beria-ria. Siap bawak budak balik hari sebelumnya nak latih masak. Aku pilih Nasi Goreng Ikan Masin (aku punya fav) dan Nasi Goreng Thai (Kamal's fav bila aku tanya dia sebab time tuh aku tak de idea) Salah satu team aku dapat no.3 (yang mana aku rasa patut dapat no.1). Bukan apa, nasi team no.1 dan no. 2 nasi ceroi, kurang rasa. Itu aku buat penilaian pada nasi la. Mungkin sandwich kitaorang tak berapa kaw kot. Hiasan kami pun dah grand. Biasalah, lain orang lain citarasa. Dapat nombor pun Alhamdulillah dah. Apa-apa pun budak-budak aku tak kekok dan tak peghak nak masak. Huuu, aku bangga!


Scene memasak


Menu 1 & 2

Lepas masak aku join budak-budak lain di padang. Ohh, lupa nak cakap. Sekolah kitaorang ada jemput pihak bomba, polis dan jabatan kesihatan untuk buat pameran. So, geng-geng bomba adan buat demonstrasi memadam api. Aku volunteer ler nak padam api. Satu tong setengah pemadam api aku guna atau 3 kali sembur. Panas yang amat api tuh. Memang marak nyalaannya...Ewah!


Fire fighter


Tanda kemenangan: Tough jugak aku nih

Aku balik tengahari sebab nak kenyangkan Encik Al Malik. Aku ada ajak beliau ke sekolah tapi beliau taknak sebab nak rehat katanya. Dia kerja ari nih. Pukul 2 aku ke sekolah balik. Pertandingan buat gajet plak. Memang hampeh gajet kami. Lagipun ini bukan expertise aku. Lepas tuh sukaneka. Aku memang terkinja-kinja. Yang paling best acara golek bola masuk lompat pagar. Kiranya macam golek bola masuk gol laa. Semua team seri dapat 1 masukkan ajer. So, kemenangan ditentukan dengan guru pembimbing yang golek bola. Sapa golek masuk dulu dia menang. Pengakap diwakili oleh Anas, P.Islam oleh Kak Gee dan KRS: AKU. Hoh, sapa lagik yang menang kalau bukan guru pembimbing terbaik KRS yang menang. Bowling player nih. Anas yang memula berlagak rasa menang yang kalah. Hahahahah, tu ler riak sangat. Lepas tuh baru aku rasa tenaga aku sudah sampai limitnya. Aku dah rasa penat...


Nama ada kelas tapi tetap tak menang


Golekkan seorang juara...

On the way balik aku singgah nursery sebab...
(to be continued)

0 comments: