Wednesday, March 04, 2009

Pissed Off!

Huh ganas betul tajuk. Tapi memang betul. Aku agak pissed off ari nih. Pagi tadi, selepas melatih budak-budak softball 6 Bes guna masa Ita aku dipanggil Beckham. Beliau kata nak jumpa aku sekejap kalau aku free. Aku dah mula cuak. Ye lah kotnye ada cikgu2 atau mak bapak budak yang aku rapat ni komplen yang aku ni terlalu rapat dengan diaorang sampai diaorang ni lalai skit (tapi memang diaorang ni agak hampeh dalam pelajaran sebab kuat sangat main2).

Aku belanja laa budak 3 orang tuh minum sementara nak tunggu masa Cik Din abis. Beckham turun ke kantin. Aku desak dia suruh cakap pasal apa. Dia ajak ke makmal sebab dia cakap agak kuat. Kebetulan Kamal ada dalam bilik server...ok laa kot. Beckham cerita laa ada sorang bapak budak dari 3 Bes jumpa GB kata guru BI tak tanda buku latihan dari awal tahun lagik. And I was like what??? Probably aku terlepas pandang. Memang sesetengah buku latihan budak aku tak tanda sebab aku memang bebetul tak sempat. Tapi buku aktiviti setiap kali abis jer topik aku akan tanda. Masa tu aku ok lagik. Aku tanya Beckham siapa? Dia tanak bagitau...

Aku cakap laa kat Ms G & Ms I pasal benda nih. Sembang punya sembang diaorang suruh carik sapa budaknya. Bukan nak serang ke apa...sebab lain kali boleh berhati2...Kami ada laa buat andaian yang budak tuh ialah anak cikgu sekolah kami & bapaknya yang memang ada datang sekolah kami tadi (bapak dia cikgu gak, cikgu skolah yenadey). Mungkin ibunya yang mengadu...tapi ntah ler...aku tak brani nak tuduh.

Masa rehat aku order nasik. Tak abih sebab aku tak de selera. Benda2 ni semua mematahkan mood aku. Dah ler gitu, lepas ni aku sah2 tak de mood nak mengajar 3 Bes. Nasib baik ari ni tak de kelas tuh. Ms Y ada datang, ada tanya aku pasal isu ni. Then dia cerita laa pasal.....malas lah aku cerita, nanti heboh. Tapi lepas dengar cerita tuh terus aku hot, keciwa, sedih...semua perasaan negatif laa yang ada dalam jiwa aku nih...Yang paling aku tak tahan ialah dengan pernyataan "makan gaji buta". Memang aku hangat hati...Aku tak masuk kelaskah? Aku tak mengajar kah? Aktiviti2 sekolah aku tak terlibatkah? Tak tanda buku budak dah kira makan gaji buta? Memang silap aku sebab aku tak tanda beberapa buah buku daripada awal tahun, tahun ni memang hectic sangat bagi aku. Fail makmal pun aku tak update lagik. Nak tanda kertas ujian lagik (itupun aku paling awal kasik markah kat cikgu2 nih walaupun aku rasa macam lambat jer tahun ni aku kasik). Softball laa, sukan laa...lagikpun dengan jawatan sebagai Penyelaras Makmal aku patut ada 8 waktu jer seminggu tapi disebabkan quota guru BI skolah ni cukup2 jer aku terpaksa ler surrender. Terpaksa amik 3 kelas, bersamaan 20 waktu seminggu. Ada aku komplen macam Ms F tuh? Ni baru aku komplen tau...kat blog jer...

Aku ke PSS. Jumpa Beckham. Tanya lagik kot2 budak berkenaan ialah anak Ms. S. Ye lah, dia agak cerewet dalam pengendalian guru2 terhadap anak dia. Aku selalu jugak mengadu kat dia pasal kenakalan anak dia tapi aku tak bermaksud yang aku tak suka mengajar anak dia. Anak dia memang cerdik tapi nakal. Aku rasa aku tak buat apa2 pun yang menyakiti fizikal dan hati anaknya mahupun dia sendiri. Tapi Beckham menafikan sekeras kerasnya, siap bersumpah2 lagik. Dia kata orang kampung. Aku merajuk, cakap kat Beckham yang aku tanak ajar 3 Bes dah. Dia pujuk aku, kata tak de apa-apa...dia akan backing aku. Dia pun ada ambik semua buku2 BI 3 Bes, memang betul aku ada tanda budak2 lain. Sempat jugak kami mengata Mr K, hahahahah!

Lepas tu aku cool laa skit. Ye lah, aku malas nak pikir benda2 remeh ni. Beckham plak dengan baik hatinya menghantar buku2 untuk di tanda. Aku tak sempat nak buat kat sekolah, buat kat rumah jer laa. Sebelum2 ni manada aku bawak balik kerja ke rumah sebab aku tamau semakkan kepala otak aku bila dok rumah, tapi complete jer kerja aku. Tahun ni banyak kerja2 aku kena settle kat rumah. Kenapa tahun ni jadi sibuk teramat2 ya?

Aku tak pasti sama ada yang terlibat tuh Ms. S. Aku tamau tuduh bukan2, mungkin Ms. S tuh mengata orang lain sebab dia tak mention nama pun. Tapi kalau betul laa itu daripada Ms. S aku harap dia datang berjumpa dengan aku slow talk dengan aku. Aku takkan marah sebab aku tau ni silap aku. Tak yah melibatkan GB ke apa...Kalau bapak budak lain punya kerja aku tak kisah sangat tapi aku akan amik sebagai ikhtibar. Mungkin tahun ni aku banyak main2...tapi kalau aku main2 kenapa aku rasa aku cukup sibuk tahun ni berbanding tahun2 lepas...ntah laa...

Tahun ni aku memang stress. Stress sampai period aku tak abis2 sampai skang...Bukan aku mintak nak semakkan otak aku tapi benda2 ni datang secara automatik...petik jer jari benda2 yang semakkan otak ni akan datang...aduihh...sebelum ni aku tak pernah macam ni...mana pergi happy go lucky aku sebelum ni haa??? Perlu istiqamah & istiharah...

11 comments:

Firol said...

tenang dan bertenang,,,manusia banyak kerenah, walaupun kadang tu sakit hati,,,diorg tak kan paham

jijah montel said...

hmmm.. same goes here.. masalah utama nak marking buku bdk2.. kadang2 stayback juz nak marking books.. kadang2 memang wajib bawak balik.. takpe.. take it positively.. shit happens sometimes.. kita kan guru cemerlang.. mesti boleh punya... harharhar!!!

Anonymous said...

rileks beb...
don't gabra...ini semua dugaan.
jgn stress nnt cepat tua..

emmii said...

huuuu...kawan2...thanks a lot for your advices. aku rasa sangat2 terharu. sebenarnya aku dah ok. aku masukkan entry ni untuk ingatan aku di masa akan datang. selama 5 tahun mengajar ini ler pertama kali berlaku pada aku. baru aku tau apa perasaan ko cik yah...

Anonymous said...

sorry arr klu saya ckp..sebagai manusia biasa...sms hal cmnie jd kat sy dlu..memang sy frusted giler baban kat budak tue..x pe arr dia pun dah pindah...

emmii said...

tapikan sariah...aku tak sanggup nak berdendam dengan budak2. mereka masih mentah...skang ni yang buat kacau ialah ibu bapa...suka serang tanpa usul periksa. dia cuma lihat sebuah buku, di mana buku itu aku selalu pantau cuma tidak aku conteng dengan pen merah. aku cuma perlukan masa...aku tak nak main tanda jer buku secara membabi buta tanpa meneliti bahawa jawapan itu betul atau salah. sebab tak tanda buku dah kata makan gaji buta, tapi bila tak nak terlibat dengan aktiviti di luar waktu sekolah tak de plak kata makan gaji buta? aku rasa komitmen aku terhadap sekolah dah terlebih2, lebih daripada mereka yang lebih senior di sekolah ni termasuk DIA. itupun aku rasa tak cukup. tak perlu terjerit-jerit sambil kondem orang lain bahawa orang itu salah & kita lah yang paling hebat. bukan aku nak berlagak, kalau kat luar tanyalah, aku rasa mereka lebih mengenali aku berbanding DIA...

lynda_siebie said...

aku pun cuak tahap gaban sbb aku pun ngajor anak dia gak...aku pun x sempat nak semak gak buku anak dia tuh....mcm awak gak..mmg betul2 x sempat....hmmm tahun depan bg dia dok padang plak....uruskan sumer yg sewaktu dgnnyer....klu la betul minah tu punyer keje...aku mmg nak suggest kat si khirel tu bior dia plak latih budak and uruskan semua...

emmii said...

ha ahh...suruh dia jadik ketua permainan hand ball ke, netball ke paling cikai pun ketua rumah sukan. paling best nanti mesyuarat agung PIBG lantik dia jadik SU PIBG...nak tengok rasa perit ke tidak...dapat jadik bendahari KGK pun dah kecoh...apa raa...

wiegreat a.k.a. zeq said...

aku taun lepas sampai kene heret ke balai polis le... tp aku bersabor aje n minta tuhan je yg balas...kalo iman aku x kuat sgt mau aku masuk jail kot...

tp kita makhluk tuhan... aku pun dah lali kene dugaan yg beso2.. n byk mendidik aku byk bersabo... kalo kita teraniaya sume tu dugaan.. biar tuhan yg balas kat die...

alhamdulillah, terbalas juga kat die...

tunggu le aku citer dlm entri nanti...

emmii said...

aku tau cerita ko tuh zek. itu pun ms L kita ni yang bagitau. tapi nasib baik ma'am tu dah pindah ye? aku pun tak berapa berkenan dengan perangai dia sebenarnya...

wiegreat a.k.a. zeq said...

tau xpe... slama 6 taun aku jadi SETIAUSAHA PIBG ubern skool... last2 penghinaan aku dpt.. spatutnya akula tmpat mak bapak menceritakn masalah anak2 mereka...
but....
nothing to say or comment anymore...