Thursday, March 26, 2009

Merajuk Konon!

Huwarghhhhhhhhhhh!!! Hari ni aku bangun lewat dan secara tidak langsung aku sampai ke sekolah pun lewat. Itu pun Cik Yah yang sms aku bertanyakan bahawa aku cuti ke apa. Kalau tak pengsan sampai pukul 10.00 laa kot. Apa-apa pun terima kasihlah pada Cik Yah kerana mengejutkan aku. Aku membawa kereta selaju 150 km/sejam. Sempat laa jugak 10 minit masuk kelas. Huh, tercalar reputasi aku tahun ni sebab datang lewat. Selalunya aku dalam Top 5 laa guru yang datang awal ke sekolah. Dalam seminggu mesti ada sekali aku guru pertama yang datang sekolah. Kalau tahun lepas datang awal sebab nak berebut tempat letak kereta tapi tahun ni walaupun dah ada tempat letak kereta khas untuk aku, aku tetap datang awal seperti biasa kerana sudah terbiasa. Bagus betul...tapi untuk hari ni, biasa lah. Aku ni manusia, biasa lah buat salah...bukan sengaja pun aku nak bangun lewat. Dok sorang-sorang dalam rumah ni macam tu laa. Tak de sapa nak kawal cara hidup aku...huhuhuh!!!

Petang tadi aku jaga budak-budak bola baling, yang juga 98% budak-budak sofbol (lelaki). Lepas ambil Ayoi, aku terus ambil Abu & Imin. Lepas tu kembali ke Unitata balik ambil Firas. Saje laa jalan-jalan. Heheheheh...dah lama aku tak meluangkan masa dengan mereka-mereka ini. Aku tak berapa tau sangat peraturan bola baling ni, aku cuma tengok-tengok aje laa. Kak FAS kata nak tumpang aku sekali tapi hampeh. Alasannya aku tatau laa. Aku ni bukannya jurulatih bola baling sebenarnya, aku kata kalau bantu sikit-sikit boleh laa. Ini langsung terus kasi aku uruskan. Masa sofbol nanti aku rasa jangan harap laa dia akan tolong aku. Memang tak de punya lah...Tapi dengan pemikiran yang positif aku pergi aje laa. Lagi pun boleh aku luangkan masa dengan budak-budak ni sambil bersenam sikit.

Masa tengah main tuh aku suruh laa kapitan bola baling lelaki, Imin uruskan sebab aku bukan faham sangat dengan bola baling ni. Aku cuma tau basic aje, ajar nak shoot dan jaga gol tu boleh laa. Tetiba Ayoi merajuk. Dia lari jauh-jauh dari kami. Pergi kedai, lepas tu duduk belakang tayar yang berdekatan pintu gerbang kedai Deris. Isma tanya dia...katanya merajuk dengan Imin. Katanya Imin berlagak bagus lah, bajet lah...Ntah hape hape! Lepas tuh bila aku panggil dia tak nak datang. Aku pergi dekat lari jugak. Imin pergi dekat pun lari jugak. Sampai ke belakang sekolah. Imin kejar, dia lari jugak. Akhirnya kami dah tak larat nak pujuk. Bagi RM50 pun dia tak nak. Suka hati ko lah...Selipar dia ada kat aku sebab terlucut masa adegan kejar mengejar tuh.


Adegan kejar mengejar, tak berapa nampak sangat...

Masa balik. Imin panggil Ayoi, tapi tak berkesan. Terus-terusan merajuk. Tak mau naik keretanya dia, dan sepatutnya aku kena hantar dia. Adoi hai! Aku gertak, bawak kereta keluar sekolah dan ke simpang. Keluar juga dia dari tempat persembunyian. Aku marah, suruh dia naik kereta. Dia naik. Aku mengamuk dalam kereta tapi tak lama. Semua budak-budak diam. Tau takut, ye lah...selalu gelak-gelak bila aku mengamuk kecut perut mereka. Hantar Abu, lepas tu Imin. Lepas hantar Imin aku berhenti tepi jalan. Tanya Ayoi apa masalah dia. Tanya punya tanya dia tak mau jawab. Geram weih...cucuk dengan kunci stereng tak jadi, cubit pipi tak jadi, tampar paha tak jadi, goncang-goncang badan pun tak jadi jugak. Dia cuma jawab dia marah Imin tapi tak diketahui apa sebabnya. Lepas tu bila tanya tak nak main bola baling ke? Dia angguk. Aku kata hah, lepas ni jangan pulak kata tak nak main sofbol, aku siat-siat ko. Akhirnya aku ugut, pergi balik rumah Imin. Tapi memang pergi balik rumah Imin pun.

Suruh Firas panggil, rupa-rupanya Imin tak mandi lagi. Aku cakap kat Firas teacher nak bawak jalan-jalan. Imin kata tak boleh ikut. Aku kata aku tipu je. Heheheheh...Aku suruh diaorang ni salam. Ehh, saya tak salah pun, kata Imin. Aku kata salam je laa sapa salah-sapa tak salah pun. Akhirnya diaorang berdamai secara tidak langsung semasa Ayoi tersentuh "toot" Firas yang baru sunat tuh. Berair air mata kawan tu. Tak pe laa, berkorban sakit demi kawan. Hahahahahaha...kami mengeratkan lagi tali silraturahim dengan membaling batu ke dalam sungai tepi rumah Imin. Ntah hapa-hapa!!! Sempat laa jugak tangkap gambar. Si Imin kontrol macho, lepas tuh bila aku perli dia terus kata merajuk ahh macam ni...terus lari masuk rumah. Gila!


Tak boleh masuk kereta selagi tak berdamai


Tak boleh masuk rumah selagi tak berdamai


Monyet (Diambil oleh Ayoi, diedit oleh emmii)


Pencemaran sungai (diambil oleh Ayoi)


Baling Batu


Kemesraan terjalin


Merajuk. Boleh blah!

Penulisan ini sebenarnya luahan hati aku untuk hari ini. Ya lah, kat rumah aku tak de sapa-sapa nak bersembang. Nak telefon suami, dia bukan suka sembang-sembang dalam telefon. Kami cuma bercakap hal-hal penting sahaja, tapi I Love You, Muahhh tu tak lupa laa. Kerja aku kat rumah ni tengok TV, internet...Kemas rumah hujung minggu aje. Ye lah siapa nak sepahkan rumah aku sedangkan aku seorang aje yang dok kat sini. Sebab tuh aku nak anak cepat-cepat supaya rumah aku boleh sepah. Hahahahahahah!!!

Ok ahh, nak mandi. Heheheheh...:please:

0 comments: