Monday, March 30, 2009

Hari ni aku jadi drebar...

Kak FAS mintak tolong amik dia dari latihan bola baling dia tuh. Aku malas nak cakap banyak laa. Berbelah bahagi jugak aku. Tapi aku setuju je, kot nanti aku susah dia bleh tolong aku. Cumanya aku tak berapa setuju sangat sebab minggu ni adalah minggu Ujian Pengesanan. Cikgu-cikgu lain pun sama. Memang laa Khamis ni ada perlawanan, tapi budak-budak ada ujian. Aku rasa cukup laa dengan latihan sebelum ni. Sofbol pun dah 3 minggu tak de latihan sebab kasi peluang kat bola baling. Aku datang ke sekolah dalam pukul 1630, ada meeting Peladang kat kantin sekolah. Kamal pun belum balik lagi. Masa tunggu Kak FAS, Kamarul SKUB datang sekolah kami. Jadi spy kot...heheheh...Kami sembang sekadar berbasa-basi, tanya mana Linda. Dia tatau lagi rupanya bahawa Linda dah buncit.


Briefing

Budak-budak aku tengok tak de mood terutama sekali Ayoi. Merajuk lagi kah dia? Ntah laa, dengan aku pun dia dah jarang nak tegur...datang bulan kot. Tapi bila ajak pegi Sunway Lagoon (lepas periksa) nak pulak dia...Tangan Isma dah sakit, kalau minggu lepas sebelah tangan, minggu ni kedua-dua belah tangan dia dah sakit. Aku risau takut dia tak boleh pitch bila lawan sofbol nanti. Ajin pulak bapak dia tak kasik main apa-apa dah. Bapak dia suruh belajar. Tapi aku cakap, tak turun berlatih, tak pe tapi time lawan nanti aku harap dia turun. Bukan apa, dah cantik dah team aku. T-shirt pun dah buat untuk diaorang nih...Aduihhh...Sofbol pun satu, lambat sangat nak tunggu perlawanannya.

Khamis ni perlawanan bola baling peringkat kelompok kat SKJ (T) Ladang Sg Samak. Aku salah sorang drebar budak-budak tuh. Kali ni aku demand, aku dah pilih awal-awal budak-budak yang aku nak bawak. Itupun tak cukup lagik kereta sebab sekolah kami hantar dua pasukan. Itu laa, nak jugak team lelaki. Budget makan & kenderaan dalam RM300. GB mengeluh jugak, tanya boleh menang ke? Kalau sofbol tuh tak pe laa sebab ke daerah terus. Confirm dapat sijil. GB sendirik carik pasal. Nak jugak team bola baling walaupun cikgu-cikginya membantah.

Iskk...banyak komplen plak aku...bos aku jugak. Apa-apa pun esok periksa. Aku harap budak-budak akan buat yang terbaek dari ladang punya! Untuk English aku dah drill untuk ketiga-tiga kelas yang aku pegang. Kalau lupa tuh, lu punya pasai laa...sapa suruh tak stadi!!!



Karut: Main tak de formation langsung!

2 comments:

Firol said...

Ubern masuk handball..tapi yang best guna formation style bola,,,entahlah tahun ni budak bantut

emmii said...

budak kami pun ramai bantut. tahun depan lagik laa...bantut terus. kurang2 tahun ni ada gak yang tinggi...formation plak...formation NHH (ntah hape hape) sebab cikgu2nya tak berapa expert sangat...