Sunday, March 22, 2009

From New Castle With Love

Majlis menyambut menantu telah dijalankan pada 19 Mac 2009, bersamaan dengan 22 Rabiulawal 1430 iaitu pada hari Khamis di Lot 1379, Kg. Paya Senang, KB. Pelik buat kenduri hari Khamis? Tapi kat Kelantan mana nak pelik. Kalau negeri-negeri yang cuti hari Sabtu-Ahad diaorang buat hari Sabtu. Tapi kat Kelantan ni tak berapa sesuai buat hari Jumaat. Sebab orang lelaki nak solat Jumaat plak. Kitaorang semua pakai sedondon kaler oren, tapi sayang...tak amik gambar sekeluarga. Tak sempat ahh...




The Preparation

Agak kelam kabut jugak kenduri kitaorang nih sebab yang mengendalikan kenduri aku & adik aku Amir sebelum ni ialah arwah mak aku. So, bila dapat kat kami yang kurang experience ni, macam tu laa jadiknya. Tapi semua dapat diselesaikan secara profesional dengan bantuan-bantuan mak sedara aku & Kak Munah, ex-pengasuh kami adik beradik yang sekarang dah bekerja di tempat jual barang2 pengantin. Tak lupa jugak adik ip ar aku, Yus walaupun tengah sibuk dengan Baby Adam, tetap dapat memberi bantuan. Woo...trimas laa semua!!!


Pengantin Lama & Bakal Pengantin


The Arrival

Ngap!


3 generation


Keluarga Pengantin Perempuan

Aku lak, macam biasa ditugaskan untuk melayan tetamu wanita since aku perempuan sulung dalam keluarga. Selain tu aku kena jadik photographer amatur sebab adik aku tamau upah photographer. Dia kata membazir...aku jadi photographer pun dah cukup sebab dia pernah nampak apa yang aku edit dalam laptop aku nih. Daripada bayar 1K kat orang lain baik amik aku. FOC! Hampeh sungguh pengantin baru nih...



Mereka bercadang (dah beli tiket pun) berbulan madu di Jakarta, tempat yang sama Amir & Yus untuk bulan madu. Aku jek yang honeymoon kat dalam Malaysia, Sabah. Tak pe, kurang2 aku mempromote Zoom Malaysia pada diri aku & Encik Al-Malik. Ye lah, dalam Malaysia pun tak abis nak lawat, nak lawat negara orang plak. Ermm...sebenarnya kami berdua tak de passport lagik laa. Ye lah suami aku tentera ni susah sikit nak ke luar negara. Banyak prosedur kena buat...Tunggu dia pencen laa kalau nak buat passport. Ala, 10 tahun je lagik. Time tuh kitaorang terus ke Mekah buat Umrah/Haji guna duit pencen laki aku. Huwahahahahaha!!!


Acara Bukak Hadiah

Anyway, Selamat Pengantin Baru kepada Mohd Iqbal & Rohana. Semoga dapat baby cepat2...Kat Jakarta nanti...Bang! Bang! Tiuu...tiuu!!!

Hasil Terbaek Aku


Warghhh...aku suka gambar nih!



Hasil Tak Baek Aku

0 comments: