Lepas handball practice aku kena hantar budak2 ni balik rumah. Maka bermula laa episod jahat dalam hidup aku untuk hari ini. Seperti biasa aku tak hantar mereka balik rumah terus. Aku ke Pekan S untuk beli majalah. Kat S4 memang susah nak carik majalah ni. Kat TI pun susah nak carik. Ohh aku lupa, mereka tuh adalah Ayoi, Pires & R. Ala, mereka pun macam tau2 aku ni nak bawak diaorang jalan2 sebab diaorang dah bawak baju salin siap2.
Lepas ke Pekan S aku melencong ke Pekan SB. Aku cakap kat Ayoi ni short cut nak ke Unitata. Aku dengan R gelak je. Sampai je simpang nak masuk pekan baru dia sedar dia di tipu. Kami makan di restoran makanan segera yang ada kat sana. Ye lah, diaorang tuh dari pagi tak makan apa-apa. Hari ni aku belajar perkataan baru dari diaorang nih iaitu BAJET. Ni bukan bajet macam Bajet 2009 tuh. Bajet ni maksudnya control macho atau control ayu. Hari ni Pires kena kutuk bajet dengan kitaorang sebab dia dok peeewit kat budak2 pompuan yang ada kat KayEfSi tuh. Memang playboy ini budak...
Buat-buat Bajet
Masa balik aku ada idea. Jom ke rumah Teacher Rozita (Zurita actually, tapi R tetap panggil dia Rozita). Aku hantar diaorang depan rumah Ita & aku bawak ler keta pusing2 dulu. Kononnya diaorang ni akan berlakon, dioarang naik bas semata-mata nak berkunjung ke rumah Ita. Tapi Ita tak tertipu sebab dia ada jugak masa practice tadik. Tak pe lah. Testing je tuh...Kitaorang singgah kejap je. Budak2 makan keropok...Lepas tuh ingat nak balik. Tapi tak jadi sebab ada contruction depan simpang nak masuk ke Sg Samack, langsung diaorang cakap..."jauh ni nak U-tu rn teacher. Baik kitaorang gi rumah teacher". Bijak sungguh mereka nih...
Lepas tipon mak bapak masing2 aku bawak laa diaorang menuju ke rumah aku. Sampai je depan Taman Desa Bernam, R kasik idea. Jom ke rumah Te acher Linda. Kenakan Teacher Linda plak. Adoi, aku dah ler tak mandi dari pagi. Diaorang tak pe laa baju dah bertukar. Maka, aku melencong ler lagik...
Diaorang turun depan rumah Linda. Aku lak pi sembunyi kat deretan rumah2 baru tuh. Memula diaorang takut sebab diaorang ingat Li ada rumah. Aku cakap ari ni skolah laa. Lambat sungguh diaorang tuh nak masuk rumah. Linda tengah ada hal laa tuh. Dak pun gelabah carik tudung dengan baju. Hoho! Lepas 5 minit aku tunggu bawak keta ke rumah Linda tapi di halau kembali oleh Ayoi. Tunggu lagik 5 minit. Dah puas tunggu aku pi laa balik. Diaorang dah masuk pagar. Aku sampai je aku dengar diaorang kata..."Teacher Linda...bas kami dah sampai dah!" Hantu toyol sungguh diaorang nih.
Linda aku nampak agak terkejut laa jugak. Tak terg a mbar perasaan gembira dia bila kitaorang datang...(mungkin sebab ada R jugak kot). AKu takut jugak laa mengganggu hari cuti beliau. Tapi dia kata tak pe...ok laa tuh.
Aku tanya budak2 ni...apa diaorang cakap masa kasik salam tuh. Diaorang cakap kami datang nak mintak derma. Hohohoho!!! Aku gelak je. Linda siap buat air, goreng kropok yang KGK jual smalam. Aku suruh Pires ke ruang tengah cakap ta k yah susah2. Linda degil jugak. Aku suruh lak si R cakap...nak kena Ayoi temankan (malu laa tuh). On the way dia siap baiki bojeng depan cermin. Control machos...Mereka langsung ke dapur. Linda menjerit...Katanya dapur bersepah. Ala, dah nama dapur. Tengah masak memang laa bersepah. R takut Linda marah...Aler, Teacher Linda mana nak marah ko R. Cayang ada laa...
Time balik aku suruh mereka ni salam. Tadik dengan Ita main blah macam tuh jer. R macam nak tanak...tapi aku paksa jugak. Lantak. Orang dah buat air, masak susah2 nak control macho lagik ke? Ampeh! Akhirnya salam jugak dia. Ehh, dia cium dak tangan ko Linda?
Linda memerhati hingga kami hilang dari pandangan beliau. Kami dalam keta tak abis2 perli R. Dia sengih2 je laa sambil angkat idung dia. Sengih kerang busuk. Sampai je kat rumah aku mereka ni serbu mesin urut kaki & badan. Betapa bataknya mereka ini. Sorang demi sorang mencuba. Memula cakap sedap, lepas tuh geli, lepas tuh lak sakit...
Niat di hati nak mengajar diaorang Bahasa Inggeris ke apa tapi masa dah suntuk. Mandi2 kami terus karaoke. Aku & Pires menguasai microphone . Ayoi plak di minit2 terakhir. R lak malu tanak nyanyi langsung. Dah tutup baru nak nyanyi. Ayoi lak tak abis2 guna mesin urut tuh. Gian ler tuh. Siap cakap nak bawak balik mesin urut kaki tuh...Hoh!
Sebelum balik diaorang solat Asar dulu. Lepas tuh diaorang terpegun tengok koleksi komik & game aku. Best betul teacher ni, kata mereka. Haa laa...otak aku masih lagik keanak-anakan. Sebab tuh boleh blend baekk punya dengan diaoran g nih. Sempat jugak aku chat dengan Linda sebelum nak hantar diaorang ni balik. Linda lak kat a Ray Ban aku tertinggal rumah dia...
Dalam keta aku berteka bukan teki dengan diaorang nih. "Benda apakah yang teacher tak bawak dalam keta nih?" Diaorang dok teka laa lesen, tak pakai mekap, beg duit, anak tudung, selipar & lain2 lagik. Tak sabar2 nak jawapan. Sampai je rumah Linda aku suruh R turun amik sesuatu dari Linda. Linda keluar membawa Ray Ban aku bersama-sama lalu dihulurkan kepada R. Kami dalam keta gelak tergolek-golek tapi tak jadi sebab ruang dalam keta sempit. Gelak je laa. R pun gelak sampai sakit perut. Hahahahahahaha!!! Ape laa...tak sedar ke aku selalu pakai Ray Ban masa bawak keta...Ingat nak pi umah Cik Yah tapi tak jadi sebab dah lambat...
Walaupun lepak kat rumah aku je tapi best ler...Nanti2 laa belajar dengan teacher yek? Buat masa skang kita main2 dulu. Lepas abis semua sukan baru kita belajar sungguh...insyaAllah...













hahahhaha.....bila yg terjadi tu benar2 diluar jangkaan....ianye mmg sgt2 mengejutkan....
tadi baca blog linda.. kalau tak silap.. rasanya kak emi bawak balik budak2 tu sbb nak tuisen.. sudah tukar ka?.. heheheheh..
linda - hah, amacam? suka tak? suka takkk???
Liza - ehkekekeke...memula memang rancang nak buat gitu tapi tgk muka sekor2 macam takde mood je nak belajar. kira ok hape karaoke...aku ajar jugak laa BI...nyanyi lagu BI...hekekekekek
woi apsal tak singgah...adusss rugi tahap gaban..org buat laksa hohhhhh...ahaahahahaha...sapa x mkn laksa, nasi lauk sambal sotong kering...
perghhh...ruginya tak singgah. tak pe2...len kali. masak ikan bilis masak petai haa. aku nak rasa. heheheh...
Post a Comment