Sempena Minggu Bahasa Melayu yang telah dilancarkan oleh Panitia Bahasa Melayu SKTB, dalam masa 2 minggu ni aku perlu menulis blog ini dalam Bahasa Melayu. Aku akan cuba membakukan penulisan aku. Kalau ada bahasa-bahasa pasar tu harap maaf lah. Kadang-kadang perlu juga di masukkan bahasa pasar di dalam penulisan blog agar pembacaan blog tidak membosankan. Ewah!
Sesi persekolahan hari ini dimulakan dengan perhimpunan pagi. Walau bagaimanapun, perhimpunan pada pagi ini agak berlainan dengan perhimpunan sebelumnya kerana pada pagi ini telah dilancarkan Minggu Bahasa Melayu yang merupakan salah satu program dalam Panitia Bahasa Melayu. Acara dimulakan dengan bacaan doa daripada Ustaz Izhar dan diselangi dengan persembahan-persembahan oleh murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2 yang dibimbing oleh guru-guru Bahasa Melayu mereka masing- masing. Antara persembahan-persembahan yang ditontoni oleh warga SKTB ialah berpantun, bersyair, persembahan boria, bercerita Tahap 1 dan Tahap 2 dan lain-lain lagi.
Selepas itu, Guru Besar SKTB merasmikan serta melancarkan Minggu Bahasa Melayu dengan mengetuk dram dan diikuti dengan tembakan konfeti di udara dan pemaparan baner Minggu Bahasa Melayu. Kemudian, ketua Panitia Bahasa Melayu, Kak FA memberikan ucapan beliau secara ringkas. Syabas diucapkan kepada Panitia Bahasa Melayu. Semoga dengan pelancaran Minggu Bahasa Melayu ini dapat memperkukuhkan Bahasa Melayu di dalam jiwa-jiwa warga SKTB amnya dan anak-anak didik SKTB khasnya.
Haa, sekarang penulisan aku agak mengarut sedikit. Semalam aku bermimpi yang aku bawa Ayoi ke rumah aku untuk belajar Bahasa Inggeris. Sehari sebelumnya aku bermimpi yang aku kena pindah sekolah sebab prestasi kurang memuaskan. Kemudian muncul R di dalam mimpi. Aku minta maaf kepada R bahawa aku tidak dapat membawa dia ke Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri Perak kerana aku perlu berpindah. Ishh...betapa aku merindui kelibat mereka sehingga masuk dalam mimpi...aduhaiii...Tak jumpa adik-adik tersayang sepanjang minggu percutian, rindu woo!!!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
(MUH - La La La Kerjalah)
Hasil Terbaik












3 budak jahat..dah rupe 3 stooges dah
mereka memang budak jahat tetapi mereka juga 3 stooges. buat lawak tak kena tempat...
Post a Comment