Wednesday, March 25, 2009

Buncit Lagik!!!

Aku tak bermaksud aku yang buncit walaupun aku tau aku semakin buncit dari hari ke hari tanpa isi kecuali lemak-lemak yang berkumpul di perutku. Hehehe...Apa yang mahuku katakan di sini ialah ada lagi guru di sekolah aku yang mengandung tanpa disedari oleh mereka sendiri. Tahun ini ada empat orang guru yang mengandung di sekolah aku. Seorang dah lepas, iaitu Puan Norhasliza Haliap yang sudah melahirkan seorang anak lelaki yang amat comel. Beliau mengandung dari tahun lepas lagi tapi dikira sebagai cikgu yang mengandung pada tahun ni laa jugak.

Kemudian diikuti dengan Puan Norhayati Mohijan, guru Pra Sekolah. Beliau juga mengandung pada tahun lepas. Beliau ni semakin mengandung semakin aktif. Beliau pada Hari Keluarga KGK pada tahun lepas meloncat-loncat dan berlari-lari anak semasa pertandingan suka-suka yang diadakan. Kami yang tengok pulak yang takut. Yang seronoknya dia macam tiada alahan semasa mengandung. Bagus lah...

Selepas itu giliran Puan Maslina, ustazah J-QAF sekolah kami. Walaupun beliau baru sahaja mendapat baby yang tembam iaitu Aufa, beliau juga dikurniakan rezeki yang paling indah yang Allah SWT kurniakan kepada manusia sejagat. Sehingga blog ini ditulis, beliau sudah hamil selama 4 bulan. Kami baru sahaja dijamu oleh beliau pada hari Jumaat sebelum cuti semester baru-baru ini sempena kesyukuran beliau hamil lagik.

Hari ini guru-guru SKTB dikejutkan dengan berita gembira daripada seorang guru yang berdedikasi bahawa beliau mengandung lagi. Berapa bulan tu tidak diketahui kerana beliau baru sahaja mencuba alat menguji kehamilan yang dibeli oleh suami beliau pada pagi tadi. Dalam terlompat-lompat di padang, sempat juga dia mengandung. Hehehehehe...dah rezeki. Patut laa dia emosi semacam jer tahun ni. Maksud aku, sikit2 nangis...nangis pun bukan pasal apa, pasal kekasih gelap dia laa (R). Plak tuh dalam minggu ni kalau dok sebelah dia asyik bau balm je. Moga-moga beliau akan mendapat anak lelaki kali ini selepas mendapat dua anak perempuan yang memang comel.


Tubuhmu yang ramping akan berubah bentuk dalam masa beberapa bulan lagi...

Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang hamil ni. Linda...bila ko nak buat jamuan kesyukuran? Hahahahahahahaha!!!

*Bila laa plak giliran aku ye? Nak rasa jugak loya-loya, muntah-muntah ni. Dapat sekali pun cukup lah. Kalau suami aku yang loya-loya, muntah-muntah lagik elok! Heheheheheh!!!

1 comments:

Anonymous said...

saya doakan akak akan hamil tidak lama lagi..amin...