Thursday, April 22, 2010

Don't Forget To Breathe

Sejak kebelakangan ni aku tak sempat nak post mana-mana entry sedangkan banyak benda aku nak bagitau. Tak sempat...penat...malas...semua ada!!! Dalam tempoh sebulan bulan April ni aku ke padang untuk melatih softball. Kali ni aku nak bawak budak perempuan walaupun pelapis budak-budak laki dari tahun lepas ada lagi. Saje nak cuba. Niat di hati sebenarnya nak bawak dua-dua jantina tetapi almaklum laa tahun ni budget untuk KPM tahun ni di potong. Pasaipa aku malas nak komen...nyampah!!!

Lagipun aku kesian kat budak-budak pompuan ni. Diaorang takde wakil sekolah dalam apa-apa acara pun. Nak harap bola jaring takde cikgu nak ajar....walaupun ada PAKAR di sekolah. Biasalah...bila jiwa takde nak berkorban untuk sekolah dan murid-murid. Tanak susah sikit sebab nak ajar daripada basic ni agak susah laa kononnya...

Aku pun ingat susah sangat laa nak ajar dari basic softball pada budak-budak ni. Rupa-rupanya dalam jangkamasa sebulan ni budak-budak memang dapat catch-up dengan cepat. Tak kira lah dari segi catching, batting, pitching atau pun dari segi rules and regulation. Aku cukup puas hati berbanding ajar budak-budak laki tahun lepas yang aku ajar 3 bulan tetapi hasilnya sungguh ciput.

SEBAB??? Mereka semua budak yang berdisiplin tinggi. Jaranglah kalau berlatih tuh ada kurang orang. Kalau adapun di atas sebab-sebab yang munasabah seperti ada kelas (tu pun aku suruh keluar awal, cikgu-cikgu lain memahami), rumah jauh (diselesaikan dengan suruh dok sekolah dan balik aku hantar) dan latihan olahraga negeri (sorang je). Bila aku tanya nak adakan latihan atau tidak, sungguh-sungguh mereka kata NAK. Antara sebabnya kerana mereka tension belajar (sebilangan adalah dari kelas 'pandai-pandai'). Kalau nak kira kadang-kadang aku nak batalkan aje sebab aku pun penat tapi disebabkan semangat mereka tinggi aku pun tumpang naik semangat. Pulak tuh bila disuruh buat apa pun takde nak komplen...semua diturut dengan hati yang ikhlas. Senang hati aku...


Last minute aku suruh budak ni jadi pitcher. Kurang2 tahun depan dia boleh main lagi...


Keceriaan para pemain

Jadi aku simpulkan di sini...disiplin memainkan peranan dalam pelajaran dan pembelajaran. Tak kisah laa belajar apa pun. Sama ada dalam bidang pelajaran atau bidang sukan. Bagi aku takyah laa skema sangat...ikut resmi kaum Cina cukup laa. Bila belajar, belajar betul-betul...bila main-main betul-betul...Tak salah ikut benda yang elok kan?

*tapi aku main betul-betul jer...belajar lak main-main. Hahahahahahaha!!!

**ohh ya, kali ni aku tidak keseorangan...terima kasih kepada Ita, Linda, Dayah & CT kerana menemani ku semasa latihan. Juga terima kasih kepada Kak Normah Asran yang menyusun guru-guru untuk kendalikan pasukan softball sekolah. Kepada Cik Mat Aini, terima kasih buat diamond. Kepada Kak Non, terima kasih kerana mengendalikan borang-borang dan photostat. GB & Kak Nurol, terima kasih untuk duit yang diberi. Kepada Shahrul Amin (6P), terima kasih tolong teacher berlatih sama-sama dengan diaorang. Akhir sekali kepada guru-guru dan kakitangan yang menyokong dari belakang, memberi ruang & pelepasan kepada anak-anak didik mereka untuk berlatih, ucapan terima kasih tak terhingga...jemput ke SK Seri Setia pada 27 April ni untuk menonton perlawanan kami ya???-----EWAH, UCAPAN MACAM DAH MENANG JER...Hahahahahahaha!!! Tak kisah laa...dapat nombor berapa pun. Asal ada budak-budak aku ke peringkat negeri sudah...InsyaAllah aku akan jadi headcoach perempuan bawah-12 kali ni.

1 comments:

Firol said...

memang anak abah betul hang ye...mana tak tumpah kuah kalu kat nasi