Monday, March 22, 2010

Back to the root

Aku ingat nak bubuh topik "Kembali Ke Pangkal Jalan" tapi macam tak sesuai pulak. Sebenarnya entry kali ini berkisar tentang kembalinya aku ke kampung halaman yang sebenarnya bukan kampung sangat sebab ia adalah kampung dalam bandar, kerana untuk ke pusat bandar ia hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Enough said, aku berasa sangat gembira balik ke kampung untuk kali ini kerana semua adik beradik ipar duai aku balik, tak terkecuali Encik Al Malik pun turut serta.

Kami semua balik kali ini kerana nak menguruskan hal-hal tanah pusaka arwah mak untuk dibahagikan sama rata kepada adik beradik kami serta rumah yang ditinggalkan arwah sekarang ni. Hal tanah dah setel tapi hal rumah belum. Takpe, setel lain kali, banyak-banyak kali pun tak pe sebab seronok berkumpul ramai-ramai ni. Kalau kitaorang tak balik cuma tinggal Amir, adik ipar aku, Yus dan Adam aje laa. Sungguh sunyi...Rumah pun dah tak 'glow' macam dulu-dulu sejak arwah mak tak de ni.

Kali ni aku tak keluar shopping sangat sebab kena berjimat. Sebulan setengah tak bergaji dowh...Kiranya destinasi aku ke gedung MPKB seperti selalu tidak dilaksanakan ler. Takpe, tudung dah banyak. Aku dan Encik Al Malik cuma keluar pergi beli makanan untuk seisi rumah je. Tapi dalam tak membeli belah tuh aku banyak mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli graphic novel manga. Nampak aje 7E atau kedai buku sah akan aku singgah...Gile...


Graphic novel yang dibeli di Teluk Intan/Sabak (bawah katil)


Graphic novel yang dibeli di KB sahaja

Adam, anak sedara aku dah boleh berjalan. Dia pun dah nakal. Kurus tapi tetap comel. Aku lak dok KB ni asyik makan, makan, makan aje. Ye lah, masakan Kelantan ni memang kena dengan selera aku. Ye la, dah lama dok sini. Makanan pun murah. Sarapan nasik berlauk, tengahari nasik, malam pun nasik. Perut Encik Al Malik pun dah naik. Huhu!!!


Adam yang hensem

Sabtu malam Ahad ada bola di TV FA Cup Liga Malaysia. Geng-geng lelaki (termasuk si suami) menunggu keputusan dengan perasaan berdebar-debar. Kami yang perempuan (aku + dua orang adik perempuan + 2 orang adik ipar) ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Well, it's girls night out. Kitaorang keluar pukul 8:50 sehingga pukul 11:30. Itupun kami tak round habis. Nasib baik kedai Ariani dah tutup masa kitaorang sampai, kalo dak...aku akan memborong juga (guna kredit kad laa kot). Selamatttt duit aku. Ke pasar malam aku tak beli apa pun...cuma sehelai kain untuk dibuat baju kurung ke sekolah nanti. Kain-kain batik lawa-lawa tapi harga sendiri mau hengat laa...time cuti memang harga melambung naik. Cakap Kelate pun memang tak berkesan laa sebab kalau kitaorang dapat murah orang lain akan mintak murah jugak. Tawar-tawar pun bleh kurang RM10 jer. Takpa...len kali kami pergi lagik...Kami balik agak lewat, sang-sang suami tak call pun kitaorang walaupun balik lewat. Memang mereka enjoy kehidupan kelelakian sungguh!!!


Girls nite out

Keesokan harinya kami sekeluarga termasuk bapak aku ke Kuala Krai, untuk menguruskan bab-bab harta pusaka ni. Aku ada mengaplikasikan kaedah aku mengajar di sekolah semasa memanggil adik-adik perempuan aku yang senang lenang dok minum kat kedai makan sedangkan hakim dah panggil kami. Adik aku Iba plak buat lawak...dia kata nanti masuk court aku akan cakap "Ini tidak adil!!!" ala-ala Tiga Abdul sebab aku ni anak sulung. Masuk court pejabat tanah tuh kitaorang menahan gelak lagi sebab semua kena angkat sumpah. Si Iba ni laa start dulu...dia memang gila. Dia merupakan adik aku yang PALING nakal...

Lepas tuh kitaorang pergi makan bersama-sama. Makan nasik ayam je, tapi sedap. Lepas makan aku dan Encik Al Malik terus balik Teluk Intan menerusi Gua Musang-Cameron Highland. Singgah Tanah Rata beli sayur especially asparagus. Beli jugak chocolate strawberry tapi tak sesedap KB Mall punya...


Acara makan beramai-ramai

Hoo...seronok. Nak balik lagik!!! Tunggu lah, cuti bulan enam plak...Hoo, syoknya tak mengajar Tahun 6...patut laa ramai yang menolak. Huhu...

0 comments: