Hoh...lama gila. Bila dah cuti baru datang mood nak menulis...
Aku baru tau aku seorang gambler. Maksud aku, bukan taik judi. Aku suka buat perkara-perkara yang tak masuk akal tanpa memikirkan consequence dan berani mencuba.
Yes, I'm a gambler. Semalam aku memandu ke Port Dickson seorang diri. Pada mulanya aku ingat nak ke Lembah Kelang. Tujuan: memburu komik-komik yang berada di pasaran. Aku ke KLCC, lebih tepat lagi Kinokuniya. The Borders di Damansara aku dah terjah. Aku ingat The Borders ni syurga buku tapi aku silap. Kinokuniya lebih hebat. Memandangkan ia berada di KLCC, shopping destination yang aku tak suka pergi, maka semalamlah kali kedua aku pergi Kinokuniya.
Aku sedar lagi...bahawa aku dah lama tak ke KL. Memandu macam takut-takut. Sini-sana jam...silap sampai masa orang tengah lunch. Ini baru lunch, kalau pergi-balik kerja? Dah ler logo minyak kat dashboard dah menyala. Takutnya aku kalau terberhenti tengah jalan. Mau kena sumpah seranah.
Dulu pi KLCC parking luar. Jauh kena menapak, sekarang ni dah kerja, dah ada gaji. Parking bawah ler. Rasa macam mewah lak. Kalau aku kerja KL pun aku rasa aku tak parking situ kot. Pergi pun dengan LRT. Ni sebab pergi sorang-sorang aku kena parking dekat-dekat. Malas pun ada sebenarnya.
Lepas borong dua beg komik aku ke Puchong. Perut dah lapar. Singgah Tesco Puchong beli makan. Tapi aku tercall Encik Al Malik, "Nak ayang pi sana ke?". "Hah, elok jugak sebab abang nak pakai camera. Camera yang ada ni fish eye lens tak boleh pakai". Hoh...tanpa fikir apa-apa aku terus memandu masuk ke highway PLUS dan menuju ke selatan.
Aku ingat PD dulu baru Seremban, rupa-rupanya Seremban dulu. Satu lagi tempat dah lama aku tak singgah. Takpe, PD & Seremban berjiran. Aku sampai lebih kurang pukul 4:45 petang, check-in and the rest is history. Hahahahaha...Aku tunggu Encik Al-Malik habis kursus laa. Kursus fotografi dan Adobe Photoshop. Bagus, boleh ajar aku balik nanti.
Malamnya tak ke mana pun, sorang sakit kepala, sorang kepenatan kerana memandu seharian. Kami cuma keluar cari panadol. Hari ni aku ingat nak lepak Puchong, tapi tak jadi jugak sebab aku nak rehat esok. Lusa ada PTK. Satu jer paper pun. Lepas periksa baru fikir nak balik kampung ke apa. Tapi masih keseorangan laa sebab Encik Al Malik kerja. Hmmm....untung siapa cikgu kahwin dengan cikgu...
Gambar? Sorry ler, camera dengan si encik...

borong komik....macam g pasar gayanya
Post a Comment