Wednesday, March 03, 2010

Comix Review

Dah lama gile aku tak update blog aku nih. Sejak mula sesi persekolahan ni aku rasa macam semakin sibuk pulak. Rasanya waktu P&P aku tahun ni kurang berbanding dengan tahun lepas (sebab aku yang buat jadual ni 100%---hahahahahahaha. I got the power!!!) Tapi aku rasa aku banyak meluangkan masa pada FB, lalu aku mengabaikan blog aku sedikit.

Walau bagaimanapun, aku takkan mengabaikan terus blog aku nih. Sebab apa-apa kisah dan minat aku, aku kena luahkan dalam blog. Untuk hari ni aku nak berkongsi tentang minat aku terhadap komik.

Sejak dua menjak ni aku lebih kerap membeli komik dari company Gempak Starz. Dulu aku selalu jugak laa beli Majalah Gempak ni tapi ntah macam mana aku dah malas beli dah. Mungkin harga dia lebih mahal dari harga Majalah Apo? sedangkan aku masa tuh masih lagi belajar. Kalau nak diikutkan, aku rasa aku dah menghabiskan beribu-ribu-ribu dan ribu ringgit untuk membeli komik sahaja. Mungkin kalau aku tak beli komik ni aku mungkin dah bleh beli kereta idaman aku: Mini Kopak. Tapi nak buat macam mana...dah jadi hobi dan mungkin dah jadi tabiat aku. Membaca semasa makan dan sebelum tido......

So komik-komik Gempak Starz ni selalunya aku beli kat 7E jer. Ntah ler macam mana mula-mula tuh aku rasa bosan sebab semua bahan bacaan aku dah beli. Yang kat rumah siap khatam lagik...bukan takat khatam sekali, berkali-kali aku khatam. So, aku beli laa komik-komik tersebut. Selalunya plak aku akan beli dalam 3-5 naskhah. Bukan apa, satu komik aku bleh habiskan dalam semalaman je. Dan komik-komik tersebut ada macam-macam genre. Dari lawak, cintan-cintun, action dan paling tak best science fiction. Horror aku tak beli langsung sebab aku tak suka...imaginasi aku sangat tinggi, nanti aku imagine bukan-bukan kang!!!

Aku suka komik-komik Gempak Starz ni bukan apa. Ia lebih menjurus kepada isu-isu semasa dan ianya sangat up to date. Dan kebanyakan pelukis-pelukisnya ialah dari keturunan Cina. So kat sini kita boleh tengok perspektif kaum lain dalam menghasilkan komik-komik di negara kita sendiri. Ada yang memberi pandangan tentang isu semasa dalam komik dan ada juga menonjolkan gadget-gadget baru dalam komik tersebut. Memang kasik info laa...

Bilik bacaan aku dah penuh dengan buku-buku dan komik-komik. Skang ni plak bilik tidur aku plak yang penuh dengan komik. Ye lah, lepas baca nak tido, oleh itu aku malas nak letak balik dalam bilik bacaan. Tersusun-susun ler kat tepi katil tuh. Kekadang tuh jugak Encik Al Malik ada laa jugak sentuh senaskhah dua. Aku pelik, dia tak minat ke baca komik-komik yang aku beli tuh?

Esok-esok aku akan reviewkan komik-komik yang aku beli. Bukan apa...ada satu komik ni KELAKAR NAK MAMPOS!!! Serius!!! Sampai aku baca pun ketawa sampai nangis dan Encik Al Malik pun gelak sama sebab tengok aku gelak...hihihihihih

3 comments:

Firol said...

hobi memang camtu..duit memang kena ada..apa hobi tak pakai duit?...

Ana said...
This comment has been removed by the author.
emmii said...

tak best...tak mengembangkan minda