Pinjam tagline astro sat.
Hari ni merupakah hari pertama persekolahan. Tahun ni aku dapat mengajar Tahun 4 dan Tahun 1 dalam matapelajaran bahasa mat saleh dan " apa??? ahli musik???". Kedua-duanya kelas yang sama. Memang aku sengaja menempah maut nak mengajar tahun 1 tahun ni semedang aku yang buat jadual. Bukan apa, daripada aku mengajar tahun 6 yang terpaksa mengorbankan cuti dan hujung minggu baik ler aku amik tahun 1. Bukan aku bersikap malas atau menidakkan sikap pengorbanan seorang guru tapi untuk tahun ini dan tahun depan aku nak berehat. Aku mahu lebih banyak meluangkan masa bersama suami tersayang kerana beliau pun selalu outstation. So, kalau beliau cuti tapi aku takde, macam mana nak luangkan masa? Lagipun tahun ini aku cuba nak hamil, lalu berehat dan lebih kerap honeymoon adalah optionnya. Kurang-kurang kalau cuti tak dikacau aku boleh pergi klinik atau hospital.
Uhh, jauh aku lari tajuk. Ada jugak budak darjah 1 yang menangis riau. Budak Pra ada gak. Paling tak best budak darjah 1 ni tak kasik mak dia balik. Mak dia betul laa...tunggu ler anak dia dalam kelas. Aku lak tak selesa nak mengajar. Nak kasik 1st impression susah. Malas nak berlakon. Aku kata esok tinggal jer anak tuh. Nanti kitaorang tau ler nak buat macam mana.
Tahun 1 tahun ni banyak cabaran berbanding tahun 1 yang aku mengajar sebelum ni. Anak cikgu 3 orang, anak kakak kantin dua orang. Anak cikgu = anak linda, anak kak fila dan anak ustaz. Tapi aku tak kira, nakal atau tak dengar cakap, aku marah jugak. Hari ni dua kali aku marah anak linda, anak kak fila dan anak makcik kantin sorang nih. Sekali semasa nak perhimpunan. Ada ke nak duduk atas kerusi yang sebaris dengan kerusi cikgu nih? Aku melaung dari jauh. Bukan marah sangat pun. Kali kedua aku marah sebab masa aku suruh sekelas beratur pergi makmal sebab nak menyanyi diaorang bertiga ni dah lesap. Rupa-rupanya diaorang ni dah cargas pergi dulu ke makmal. Mentang-mentang dah tau kat mana tempatnya dan itu jugak tempat diaorang bermain selepas sekolah masa tadika tahun-tahun lepas. Kali ni aku marah betul. Rasa lawak pun ada. Bila bagitau Kak Fila, dia gelak jer.
Apa yang akan terjadi seterusnya? Kita tunggu episod hadapan di waktu dan hari yang sama minggu hadapan!!!

Post a Comment