Friday, January 08, 2010

1 Malaysia (Yeah, right!)

Aku terpanggil untuk membincangkan isu ini bersama-sama dengan rakan-rakan seblog. Ia bermula dengan desas-desus penarikan balik SBT (Skim Bantuan Tuisyen) oleh KPM. Pada mulanya aku menerima pengumuman tidak rasmi tersebut dengan hati yang terbuka tersebut kerana ia bermakna lebih waktu rehat untuk aku di rumah. Kemudian, sejak mulanya sesi persekolahan, aku terdengar lagi bahawa KWAMP akan dikurangkan, bilangan hari untuk RMT di kurangkan separuh dan ketiadaan aktiviti sukan diperingkat kelompok, daerah dan negeri kecuali olahraga dan bolasepak. Ini berlaku kerana kerajaan mahu memotong kos akibat daripada kemelesetan ekonomi (Ye lah tu...)

Suara kecil aku ini tidak mampu untuk menggegarkan negara mahupun dunia, tetapi pendapat aku tindakan-tindakan tersebut sudah melampau. Terdengar pula dari PT sekolah aku, pekeliling yang diterima pada hari ini menyatakan bahawa guru-guru secara sukarela boleh memotong gaji mereka dan ia disalurkan di dalam KWAMP. What the hell? Kalau macam tuh baik lah aku bagi sendiri kat anak-anak yatim atau miskin. Tetapi gaji kami tidak besar manapun. Yang patut dipotong gaji dahulu ialah gaji pak-pak menteri nih. Dapat potong RM1000 sebulan pun dah ok. Yelah, nak rakyat ikut, kena jadi contoh dulu.

RMT pula dikurangkan kepada 110 hari (tak silap aku) daripada 190 hari. Adakah pihak atasan ni ada fikir, mereka ni mengambil hak-hak rakyat miskin dan mungkin sebahagian daripadanya adalah anak-anak yatim. Ehh, bukan ke berdosa mengambil hak-hak anak yatim ni? Macam Nabil cakap, 'Lu Pikir La Sendiri?"

Mengenai SBT pula, aku lebih kasihankan anak-anak bangsa kita yang duduk dikampung ni. Di mana lagi pengetahuan tambahan yang akan mereka perolehi melainkan SBT. Aku tidak peduli tetang wang yang diperolehi melalui SBT tetapi tidak semua guru berfikiran macam aku. Pendapat aku, tak payah lah mansuhkan terus SBT tuh. Nak potong kos, kurangkan bilangan pelajar untuk SBT atau dapat RM8 sekepala pun tak pe.

Dalam bidang sukan pula, aku dengar hanya olahraga dan bolasepak sahaja akan dipertandingkan. Kesian sungguh pada budak-budak yang mempunyai kemahiran dalam bidang sukan yang lain. Adakah anda semua sedar bahawa Malaysia 'tidak kuat' dalam olahraga dan bolasepak? Betul kata Shebby dalam Jozan Episod 3, "Kalau sesiapa nak menceburi dalam bidang bolasepak, lupakan sahaja. Instead, join squash, badminton atau bowling sebab kita kuat apa dalam ketiga-tiga sukan itu,". Kononnya kedua-dua sukan ini popular sebab itu yang lain dimansuhkan. Ehh, apa dah jadi dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk mewujudkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan JASMANI?

Ada juga khabar angin mengatakan mungkin Cola dan ITP akan ditarik balik. Hah, elok le. Harga barang naik, nak tarik pulak elaun-elaun yang ada. Lepas tuh aku dengar juga daripada rakan guru, sesiapa dari Semenanjung kalau nak posting ke Sabah/Sarawak elaun pindah takde. Kena pakai duit sendiri. JPN kata kerajaan tak de duit.

Mana hilangnya duit-duit tersebut?

Aku merupakan salah seorang peminat F1. Tak kiralah pasukan mana, tetapi dari dahulu aku minat Raikonnen. Bukan sebab dia handsome ok? Sebab dia cute aje. Heheheh. Bila diumumkan Malaysia pun mahu menyertai pada tahun ini ramai yang kagum dan takjub dengan usaha Malaysia untuk menaikkan imej negara dalam industri automotif negara. TETAPI, berbaloikah???

Untuk pengetahuan anda-anda semua, pasukan ternama yang sentiasa menang iaitu Ferrari dan McLaren membelanjakan sebanyak USD400 juta (USD bukan RM) manakala pasukan kecil-kecilan yang menang sekali-sekala seperti Torro Rosso dan Sauber pula sekitar USD75 juta. Bagaimanapun mulai musim ini FIA telah mengumumkan budget cap kepada semua pasukan di sekitar USD40 juta untuk menjimatkan kos operasi setiap pasukan. Tetapi budget cap ini tidak meliputi bayaran gaji dan kos enjin.

Menurut Encik Google, Ferrari membelanjakan USM44 juta untuk gaji dan USD175 juta untuk enjin. Pasukan kecil-kecilan pula USD5 juta untuk gaji dan USD15 juta untuk enjin. Kos yang dipaparkan ini pula tidak termasuk dengan kos pembinaan ibu pejabat pasukan yang mana menelan beratus juta dollar lagi.

Adakah berkemungkinan untuk mencapai prestasi hebat dengan bajet yang rendah?

Setakat ini masih tiada rekod. Pasukan Minardi yang berbelanja di bawah USD35 juta telah gagal dan terpaksa dijual. Pasukan Brown yang khabarnya bajet rendah juga masih belum mengeluarkan penyata kewangan. Mungkin di sini kita nampak rasional mengapa Tony Fernandes- jaguh kos rendah dipilih sebagai pengurus pasukan (itupun nak beli West Ham lagi tuh. Duit sapa laa dia pakai)

Ada yang berkata projek ini mampu meningkatkan imej negara dan syarikat-syarikat yang terbabit. Tetapi imej hanya akan menjadi bagus sekiranya pasukan F1 kita memberikan persembahan yang baik. Kalau setakat cukupkan korum sahaja, bukan sahaja imej tidak meningkat sebaliknya menjatuhkan lagi. Sekali lagi percaturannya besar.

Bagi yang menyokong atas dasar projek ini akan menyumbang kepada teknologi Proton, kita patut sedar akan satu perkara. Tidak semua otai-otai pengeluar kenderaan nak masuk F1. Mitsubishi, Audi, VW dan Ford tidak ambil port tentang F1. Malah Hyundai dan Kia- jenama kereta yang sudah menjadi global ini pun tidak berminat dengan F1. Mungkin kerana kos yang mahal atau mungkin kerana teknologi yang bakal diperolehi tidak bersesuaian dengan kenderaan mereka?

Kenapa pula Petronas tak nak taja pasukan 1Malaysia ni? Dari segi komersil, mana-mana syarikat minyak pun tak nak taja enjin Cosworth (peminat-peminat enjin tau laa, siapa tak minat memang tatau...nampak sangat enjin ni tak glamer). Sebaliknya Petronas lebih berminat menjadi penaja utama Pasukan F1 Mercedes GP. Kalau aku tanya korang pun kereta mana korang ndak, Mercedes ke Proton korang akan pilih mana? Toksah tipu laa cakap nak Proton sebab kereta buatan Malaysia.

Pemandu pertama dan kedua 1Malaysia merupakan orang asing. Mungkin mereka lebih berpengalaman tetapi sedarkah bahawa kita menyalur keluar wang kita sendiri. Tengoklah, duit rakyat Malaysia yang membayar cukai bayar gaji bangsa asing. Encik Fairuz Fauzy cuma menjadi pemandu ketiga. Dapatlah tunjuk prestasi itupun kalau Trulli dan Kovalainen kena demam selsema.

F1 Lotus DriverTall, dark and handsome. Tapi jadi saki baki jer

Mungkin kita tidak patut bersifat pesimis mengenai projek F1 1Malaysia. Tetapi optimis membabi buta tanpa melihat kepada realiti sebenar mungkin akan menyebabkan kita membayar harga yang mahal kelak dan jelas dan nyata, kita sudah mula membayar harga tersebut. Ini baru dalam bidang pendidikan. Belum lagi dalam bidang-bidang dan kementerian lain.

Dengan duit beratus juta dan imej negara dipertaruhkan, apa yang pasti ianya projek yang berisiko tinggi. Nak glamer punya pasal, anak bangsa sendiri tergadai. Contohilah negara-negara maju seperti Arab Saudi dan Denmark. Mementingkan education dan medical. Siap kasi free lagik. Bagi aku, janganlah dikacau budget pendidikan kerana pendidikan anak-anaklah yang akan menentukan masa depan negara kelak.

Ini ler buat aku respek terlebih kat Tok Guru. Tak jadilah tukar alamat tempat mengundi....

2 comments:

jijah montel said...

makin lama memang makin tawar hati dengan power that be yang ada.. I did not know about all those projects but was told that it is an act of prudence.. bagus lah nak berjimat cermat.. tapi kenapa lah anak bangsa kena digadai pulak.. banyak lagi aspek² lain yang boleh dijimatkan.. ke mana ntah duit cukai yang kita bayar tu pergi.. in Europe, medical and education tip top tapi tax almost 60% of the civilians salary.. tapi gitu takpe lah plus gaji & taraf hidup sana pun tinggi!! .. ni pun ada ura² nak kenakan GST.. cukai barangan pula nak dikenakan.. sedangkan ramai pakar ekonomi opinionated that M'sia masih belum bersedia for the GST implementation..

serius... kecik ati dgn najib.. kecik ati sesangat..

Anonymous said...

aku blum konfem so mls nak ckp apa..butr deep in my heart hanya tuhan yang tahu....