Memula aku nak buat review tentang game yang aku baru abis main semalam, Runaway: Twisted of Fate. Tetapi...............
Sesuatu perkara sudah berlaku. Terdapat kecurian berlaku di rumah sewa Encik Al Malik. Dalam pukul 9:00 malam tadi Encik Mat, si penyewa menelefon Encik Al Malik untuk memberitahu tentang perkara tersebut. Kerugian: sebuah laptop, handphone dan RM30. Handphone dan RM30 tuh tak kisah sangat. Laptop kena curik tuh ler yang sedih. Itupun Mat guna telefon jiran kat bawah untuk telefon kitaorang. Encik Al Malik mula susah hati. Kereta aku tak boleh pakai. Nak tak nak beliau kena naik Kelisa pegi sana.
Iskk, kiranya dalam bulan ni saje nak masuk 3 kali kami ke sana. Tapi aku rasa tak boleh pergi sebab mesyuarat sekolah hari Sabtu. Oleh itu, Encik Al Malik mungkin pergi sorang-sorang. Sedih jer Mat dalam telefon, kata Encik Al Malik. Aku dan Encik Al Malik pening jugak. Tapi bukan tanggungjawab kami kalau dia hilang apa-apa pun sebab aku dah pesan, pasang dua pad lock, depan dan dalam. Guna padlock paling canggih, biar mahal. Walaupun pencuri boleh bukak least ia menyusahkan mereka. Satu lagi silap dia jugak, pegi keja tak bawak laptop & henset sapa suruh?
Oih, laptop aku walaupun dah buruk sampai key tab pun dah tercabut tapi nak pegi mana-mana (yang memakan masa lebih daripada 12 jam) aku dan Encik Al Malik akan bawak laptop kami. Harga laptop aku mungkin dah murah skang ni tapi barang-barang yang disimpan dalam hard disk ni laa priceless tau dak. Sebab tuh masa kejadian kecurian rumah Puan Linda tahun lepas paling aku sedih bila dua-dua laptop kena curik. Kerja-kerja sekolah, gambar-gambar kenangan, koleksi-koleksi video dan lain-lain lagi ada dalam tu. Kalau pencuri tuh perihatin, tinggalkan hardisk tak pe jugak...tapi ada ke macam tuh?
Hmm...nak buat macam mana. Dah jadi kan? Redha jer laa Encik Mat. InsyaAllah suami aku akan ke sana hujung minggu ni nak baiki gril dan pintu depan yang telah dikopek oleh pencuri lahanat tersebut. Untuk kawan-kawan pula, pesanan dari hamba: kunci rumah kalau nak pergi mana-mana. Dok dalam rumah pun kena kunci jugak terutama bila nak tidur. Selalu hiaskan rumah dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan kita sendiri pun kena baca jugak laa. Last but not least, kerap-kerap simpan kerja, gambar dan apa-apa koleksi dalam portable hard drive. Tak sampai RM100 pun. Ok daripada buat kerja all over again. Gambar-gambar plak, kalau boleh cuci terus, dak pun CD kan jer.
Udah ler tuh membebel.

hmm kesian cik mat.. saya even pegi town kejap aje pun memang tak berani nak tinggal laptop kat rumah.. mesti bawak.. even dining kat luar pun bawa jugak..
sekarang ni depa yg terkutuk ni jarang dah nak selongkar almari carik barang kemas.. sbb ada yang zulian kan.. tapi laptop.. memang dicarik smpi bawah katil pun..
laptop harga takde masalah nak beli lagi..macam hang ckp lah dalam laptop tu...tak ternilai
Post a Comment