Saturday, December 19, 2009

No Line

Agak terlewat jugak aku masukkan entry ni sebab aku berada di Puchong ketika event ini berlaku untuk urusan sewa rumah suami aku. Ketika aku menulis, aku tengah gila bersemangat sebab Malaysia telah menyumbat sebijik gol secara tidak sengaja ketika bertemu dengan Vietnam. Perlawanan masih lagi berlangsung ketika aku menulis. Tinggal lagi 6 minit. Sebelum tuh main macam nak tak nak. Udah ler gitu, bila dah dapat sebijik kasik plak Vietnam serang lagi. Sakit juga dada.

Sebenarnya aku dah lama tak tengok Malaysia dan team liga Malaysia main (termasuk team ayahanda aku) tapi kena tengok jugak sebab promosinya macam Malaysia dah menang Olimpik. Walaupun tak mengikuti sangat perkembangan bolasepak Malaysia tapi aku tak pernah mengutuk, mahupun mencaci. Ada sebab musababnya aku tak akan mengutuk walaupun tahap permainan pemain-pemain di Malaysia sekarang ni dah menurun mendadak. Ya! Aku membesar kerana dan bersama-sama bola. Aku dapat masuk U dan jadik cikgu kerana bola. Semuanya punca daripada bola. Duit yang dapat sebab bola inilah yang membawa aku masuk U dan seterusnya korang boleh fikir sendirilah. Kekadang bila pasukan ayahanda aku kalah, kawan-kawan yang mengutuk, aku lazerkan balik: Aii, kalau team korang menang korang dapat hape? Kalau team bapak aku menang, kurang-kurang bapak aku dapat bonus (RM500 kalau menang masa dengan Penang dulu), bila dia dapat bonus, dia senang hati. Bila dia senang hati, dia kasik duit kat aku...Hah, korang dapat hapa??? Terdiam member...

Ditemani suami aku, maka aku menontonnya di apartment ayahanda. Seperti yang diketahui oleh saudara-saudari yang membaca blog aku, aku kalau tengok bola memang bising. Lebih bising daripada suami aku sendiri. Suami aku lebih kepada mengutuk strategi dan aku lebih kepada marah di atas pemain kerana tidak berjaya menyumbat gol dan juga tidak berjaya clearkan bola. Apartment ni bukan kalis bunyi. Macam laki bini gaduh laa plak.

Dan ketika perenggan ini ditulis, Malaysia berjaya memperolehi pingat emas, hasil gol sendiri. Agak tidak puas hati di atas gol tersebut, tapi a goal is a goal. A precious one goal. So, congrats to Malaysia. Lepas ni memang berpesta ler depa nih. Jangan lupa diri sudah. Sebab Sea Games adalah sukan peringkat terendah. Target ler untuk ke peringkat seterusnya such as Asia Games, Cawan Rimau (Tiger Cup), Pesta Bola Merdeka ke, lagi best kalau dapat layak ke peringkat Olimpik (boleh guna same team under 23, ubah skit-skit sudah). World Cup tuh hold dulu laa. Buat satu-satu dulu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVNLchueqDGEYYoFilIt1trIr3Dy6qqHfG9jfx9vh4ZvHJzyBFx9EqeoBYsyrydSiNQX4BlrT0tOfGIsUP17-BTMXNUT-cC1WHdQlffnTtBHSz80V7YJ109lJEp-5YOjfAnEIhgIdZ0gUc/s400/rajagopal.jpg
Dey tambi...cash mareiii!!!

Anyway, Happy New Year to all friends and blogger. Semoga lebih diberkati Allah SWT dan dimurahkan rezeki lagi...termasuk aku, suami dan keluarga aku...

Tahniah Malaysia!

From: Anak Seorang Jurulatih Bolasepak

0 comments: