Thursday, December 03, 2009

An Ancient Recipe



Tadaaaaa!!! Resepi masakan aku malam ini. Tetapi awas!!! Jangan amalkan resepi ini untuk hidangan suami atau isteri anda. Cukup untuk anda makan seorang sahaja. Anda boleh memasak resepi ini apabila ditinggalkan keseorangan atau untuk hidangan anak-anak anda jika anda terlalu sibuk untuk memasak.

Untuk kes aku, aku sibuk kemas rumah dan bermain game pada hari ini. Sedar-sedar jer dah pukul 10:00 malam. Hantu betul!!! Sebenarnya inilah resepi kegemaran aku bila aku kecik-kecik dulu. Aku pandai guna dapur memasak bila nak masuk darjah 3. Tatau laa sapa ajar...tau-tau dah pandai goreng telur dadar sendiri. Lepas tuh makan dengan nasik taruk kicap cap gajah banyak-banyak. Kicap ini tiada dalam jualan di negeri lain kecuali di Kelantan...tak silap aku laa. Lagi banyak kicap lagi nikmat. Sampai takde dah kaler putih nasik.

Arwah mak aku pernah cakap...hah, makan laa kicap banyak-banyak. Nanti perut dengan hati hitam. Ehh, ye ke? Mungkin arwah tak nak kicap cepat abis kot sebab arwah pun suka masak lauk masak kicap (ayam atau daging masak kicap...hmm...rindunyaaaa...).

Lepas masak...aku akan makan depan rumah,bukan ruang tamu tapi depan tempat pakir kereta. Saje menikmati makanan sambil menghirup udara kampung dalam bandar ni. Atau aku akan makan depan TV atau sambil baca buku. Huh, anak dara apa nih. Tapi skang ni habit ni aku tak boleh tinggalkan. Aku mesti baca buku sambil makan. Sebenarnya buku tuh aku tak baca pun. Pandang 1 mukasurat jer. Tapi mesti ada buku/majalah laa....Tapi ni aku amalkan di rumah jer laa. Kat restoran depan TV lak...

Sebab tuh aku membesar bagai juara. Adik-adik aku lagi laa. Macam gergasi. Aku ler paling pendek antara adik-adik aku. Arwah mak aku dulu suka beli satu cart telur untuk seminggu. SEMINGGU!!! Ya, kami dulu tak suka makan ikan. Telur dan kicap pun salah satu sumber protein. Untuk anak-anak yang membesar elok kasik makan telur. Kalau dia tak nak makan sayur pun takpe. Boleh kasik supplement. Sebab tuh anak bongsu Puan Normah tinggi. Sebab dia suka makan nasi dengan telur. Sebab tuh anak-anak Mbah Fila pandai-pandai, sebab diaorang suka nasi dengan telur. Anak Linda & Sherry aku tak sure. Tapi mesti faktor telur pun ada jugak kot...

Hmm...betapa masakan yang simple boleh menggalakkan pertumbuhan anak-anak dari segi fizikal dan mental. Tak yah makan Kalsiyam (iklan yogurt untuk budak-budak tinggi). Membazir jek...

1 comments:

lynda_siebie said...

menu awok tu menu favourite kami satu family gak...hehehehehe... meh le dtg umah tgk adam...kami ada kat hutan mltg smpi ari ahad. pastu blk kg sbb hubby ada exam kat ipoh.