Thursday, December 31, 2009

A Lion's Affection

Seperti biasa, tabiat aku ialah membaca sebelum tidur dan semalam aku baca Reader's Digest. Ya, aku melanggan tiap-tiap bulan majalah ni. Isinya knowledgeable, kelakar dan kadang-kadang meruntun emosi. So, aku baca laa satu cerita pasal sekor singa ni. Aku ingat typical nature story. Rupa-rupanya....

Di penghujung penulisan Heidi Krause aku menangis. Bukan takat menangis air mata setitik dua tapi teresak-esak (nasib baik member sebelah tak bangun). Menangis kerana seekor singa....Lepas tuh aku bukak YouTube tentang singa ni jugak. Lagi laa bercawan-cawan air mata keluar.

Here's why...hang pa kena baca laa sampai abis kalau nak dapat feel. Aku translate untuk korang. Baca dulu teks, kalo dak sia-sia jer aku translate. Lepas tuh baru tengok videonya.

(Dicedok serba sedikit dari RD)

A Lion In The Living Room

Empat puluh tahun selepas dua pemuda membawa seekor anak singa yang ceria ke dalam rumah mereka di London, kisah ini telah menyentuh perasaan generasi masa kini.

Kisah ini bermula di London pada tahun 1960-an. Pada masa itu tiada lagi undang-undang berkenaan penjualan haiwan eksotik. Di bahagian haiwan eksotik di pusat membeli belah terkemuka, Harrods, seekor anak singa sedang duduk di dalam kurungan yang teramat kecil. Dua orang pemuda berambut panjang dan memakai pakaian bell-bottom, berasal dari Australia tetapi melanjutkan pengajian di London dan seterusnya bekerja di sana mendekati kurungan tersebut dan terus bercadang untuk membeli haiwan itu. Mereka bernama John Rendall dan Ace Bourke.

Rendall dan Bourke menamakan singa itu Christian (C) dan membela haiwan tersebut seperi haiwan perliharaan biasa. Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh kedua-dua pemuda tersebut bersama C malah mereka menganggap C seperti rakan mereka sendiri. Haiwan itu menjadi terlalu besar untuk rumah mereka yang sempit lalu selepas setahun membela Christian, dengan perasaan yang berat mereka terpaksa melepaskan C di Afrika.

Cerita di atas agak biasa sahaja. Tetapi apa yang berlaku seterusnya membuatkan C menjadi seekor singa '21st Century pop-culture sensation' (sorry, kalau translate ni buruk sangat bunyinya).

Selepas setahun berpisah dengan haiwan peliharaan mereka, pada tahun 1972, Rendall dan Bourke menjelajah ke Utara Kenya, di mana C telah berjaya hidup di alam semulajadi. Pertemuan semula mereka difilemkan. Empat dekad kemudian, saat itu di letakkan di dalam YouTube, di mana ia telah mejadi tontotan sebanyak 44 juta hits.

Video yang mengambil masa tiga minit ini memaparkan C yang duduk di atas batu manakala dua orang pemuda tersebut menunggu dengan penuh mengharap dalam jarak 70 meter. Haiwan itu merenung tajam kepada mereka, sebelum mengambil langkah laju ke hadapan untuk penglihatan yang lebih jelas. Tiba-tiba haiwan itu melompat ke arah mereka (leaps into action), mendengus dengan kegembiraan dan memeluk mereka dengan kedua kaki hadapannya yang besar. Singa itu, dengan rakusnya menjilat wajah dan menyondol tengkuk sahabat-sahabat lamanya.

Adegan ini seperti mempunyai kuasa emosi dan disalahertikan seperti adegan lakonan di dalam wayang Hollywood. Tetapi ini bukan kisah fiksyen mahupun dongeng; tetapi inilah kisah benar seekor singa bernama C yang telah menawan hati insan seluruh dunia yang telah menonton video tersebut.

Pertemuan kedua dan terakhir mereka ialah setahun kemudian (1973). Pada masa itu, C seberat 230kg dan antara singa terbesar di sana. Mereka menghabiskan masa bersama selama sembilan hari sebelum C hilang di dalam dunia haiwannya, yang merupakan perpisahan mereka buat selama-lamanya.

Sehingga sekarang, selepas 40 tahun, Rendall dan Ace masih lagi cuba untuk memahami impak emosi adegan tersebut. Adakah ia menggambarkan ikatan yang rapat di antara manusia dan haiwan? Adakah ia berkenaan dengan pertumbuhan dan pembesaran dan perpisahan?Adakah ia berkenaan dengan kehilangan dan kesunyian dan kegembiraan setelah bertemu semula? Adakah itu cara C mempamerkan kasih sayangnya terhadap bekas tuannya? (A Lion Called Christian by Rendall dan Ace).

Pengunjung-pengunjung YouTube menghantar respon mereka dan rata-rata mengatakan sentimen yang sama "Thank you for showing the world that all wild animals deserve to be treated with love and respect. You are an inspiration".

(Sehingga teks ini habis ditulis penulis (aku) masih lagi mengeluarkan air mata...ciwek!!!)

The Video (versi sedih...sebab lagunya laa)



So kawan-kawan..kalau haiwan pun boleh tunjukkan kasih sayang dan mengenang budi dengan manusia...kita yang ada akal ni takkan tak boleh buat macam tu sesama sendiri...renungkanlah...

Membaca, menjana ilmu dan emosi....perghhhhh!!!

2 comments:

jijah montel said...

dah lama dah tengok video ni dlm youtube. memang sgt overwhelming bila tgk betapa C masih ingat pada tuan mereka. Mcm tak percaya pun ada.

emmii said...

huuu...aku baru tau. ketinggalan zaman sungguh. itupun sebab baca RD....huuuu...nangis lagik nih!!!