Wednesday, January 21, 2009

Softball

Hari ni Koko. PK Ko yang bangang tu tak turun lak. Dia ada mesyuarat AJK PIBG. Menyibuk lak dia. Banyak tipu daya yang dia buat aku dengar hari ni. Memang bangang lah PK Ko tu. Smalam aku dengan rasa bengis & confidentnya men'sound' PK Ko itu kerana dia terhegeh-hegeh nak masuk kelas. Bangang!
MySpace
Anyway aku malas nak cerita panjang-panjang pasal dia. Aku buat hal aku, apa yang aku suka. Hari ni aku kena buat pemilihan untuk pasukan sofbol sekolah yang seterusnya mewakili kelompok. Kat skolah ni aku rasa aku sorang jer yang ada pengetahuan & kemahiran sepenuhnya dalam sofbol. I mean profesionally & as an ex player laa. Cikgu-cikgu lain dalam kelab merupakan pembantu. Tak pe, aku salurkan pengetahuan & kemahiran yang aku ada ni sedikit demi sedikit.

Ramai jugak laa budak-budak yang aku select hari ni. Aku pilih yang mana reti pukul bola & contact bola. Aku tak sempat nak buat fielding sebab ramai sangat nak cuba. Lagipun yang penting dalam sofbol ialah scoring. Tak guna fielding lama-lama tapi tak dapat mata. Fielding nanti aku buat bila aku betul2 dah pilih 13 orang budak. Aku malas nak amik camera aku jadi tak de gambo ler...

Tahun lepas tak seramai macam hari ni yang nak cuba. Aku rasa bangga laa jugak. Itu pun aku try budak laki jer sebab budak laki skolah aku tahan lasak. Budak pompuan kureng skit aaa. Tak pe laa, kasi mereka main bola jaring cukup. Hehe...Nak main sofbol kena tahan lasak. Kalau takut bola baik tak yah main. Aku main masa skolah & wakil USM masa MASUM slalu jugak laa kena bola merata-rata tempat kat badan aku termasuk kat muka. Yang aku paling tak leh lupa masa catcher skolah baling bola kena idung aku. Sebab tu idung aku senget sebelah..Haha!!
MySpace
Pelapis tahun lepas ada laa dalam 3-4 orang. Tahun ni aku amik ramai skit sebab senang aku nak ajar tahun depan. Kalau tahun lepas dapat No. 4 moga2 tahun ni naik laa 'setakok' jadi laa. Dak pun naib juara. Nak jadi juara tu tunggu dalam 2-3 tahun lagi kot sebab skolah paling power iaitu Skolah Sultan AA memang power. Lagipun depa dah lama didedahkan...aku ni tahun lepas jer baru nak latih diaorang....


Last Year's Team

Nanti aku updatekan aktiviti-aktiviti pasukan sofbol ni dari masa ke semasa. Aku dah malas ni. Nak baring jap...

0 comments: