Thursday, January 29, 2009

Owh, at 1st I forgot to write the title...

*as commented in http://akumulakandisini.blogspot.com
**picture by DaddyCool

Sebenarnya ini semua bergantung kepada luck. aku adalah seorang guru KPLI yang mana 1st application aku kena reject tetapi dipanggil sebulan kemudian selepas keputusan rejection tersebut. Alhamdulillah...aku berjaya menjadi seorang guru di mana ia bukanlah cita2 ku semasa aku bersekolah dulu. biasa laa...nak jadi doktor laa, engineer laa, artis laa...haha!!! tetapi selepas aku bergelar mahasiswi aku bernekad mahu menjadi seorang guru, bukan kerana tidak mendapat kerja sesuai tetapi kerana arwah ibuku juga seorang guru. aku terpesona dengan azam dan semangat ibuku & allahyarham jugalah yang membawaku ke sekolahnya untuk menjadi seorang guru ganti. di situlah minatku menjadi seorang guru bertambah mekar & tanpa ragu2 aku memohon KPLI. dan kini aku adalah seorang guru di mana setiap hari aku tidak bosan mengajar walaupun kerenah pentadbir & rakan sekerja kadangkala menyakitkan hati. aku menganggap anak2 muridku sebagai anak ku sendiri & kadang2 sebagai rakan untuk bergurau senda & bergelak ketawa.

wanita di atas perlu bersyukur dengan apa yang terjadi pada dirinya. beliau perlu menganggap apa yang berlaku ada hikmahnya. apa yang beliau lakukan seperti menyalahkan takdir. kenapa aku berkata demikian? well, aku berjaya menjadi seorang guru tetapi aku sejak aku berkahwin dengan suamiku sejak tahun 2006 aku masih lagi tidak dikurniakan cahayamata. perasaan ingin kan cahayamata amat meluap-luap dalam diriku. ada rakan2 sekolahku yang lebih muda dariku, anak mereka ada yang sudah bersekolah. so, wanita di atas perlu sangat2 bersyukur kerana beliau akan dikurniakan cahayamata di mana setiap semua pasangan suami isteri impikan. tidakkah beliau terfikir akan hikmahnya? kalau beliau dapat juga GSTT tu mana tau sesuatu akan terjadi kepada beliau & anak yang beliau kandungi itu ketika beliau berada di sekolah? aku tidak mendoakan kecelakaan tetapi rasionalnya beliau perlu berfikir & lebih banyak bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman sebelum bertindak. ingat, rezeki, jodoh, ajal & maut berada di tangan Allah SWT.

aku? dapat anak seorang pun dah kira teramat-amat bersyukur...amin....

0 comments: