Aku jarang boh entry pasal Encik Al Malik, suamiku yang aku rasa jejaka paling hensem di abad ini walaupun beliau sudah buncit ketika ini. Biasa laa tuh, tanda bahagia. Orang bahagia ni makan cukup. Tak kisah laa aku masak atau kedai yang masak.
Kat sini aku nak cerita pasal pertemuan pertama aku dengan suami aku. Sebenarnya dulu aku ni kaki chatting. Tak main ler YM atau Skype (masa tuh manada Skype lagik). Aku sangat aktif dalam IRC. Ni Encik Mohd Rizal (ex-usm) laa yang ajar aku. Masa kat USM aku adalah chatter yang tegar. Sanggup perabis duit pi cc. Kekadang main free, itu bila tauke cc tuh jadi member aku.
Aku rasa masa tuh aku dah posting kat sini. Tapi aku selalu balik KL sebab masa tuh kat sini tak de apa-apa. Astro pun tak de. Masa tuh bapak aku jadi coach TMFC, adik-adik lelaki aku, Amir & Iqbal pun ada kat situ. Sebab utama aku balik KL sebab nak tengok CSI di hujung minggu. Memang gila.
Kekadang bila bosan aku pegi cc kat depan apartment bapak aku tuh. Maka, berchatting laa aku dengan sesiapa sahaja. Aku ni jenis chatter yang agak ganas ler juga. Sembang tak macam perempuan. Satu hari tuh aku bosan sangat sampai aku masuk #jandaduda. Hahahahahahah! Seperti biasa aku buat bising kat depan channel. Pastu ada laa sorang mamat nih tegur aku. Aku lupa dia pakai nick apa. Tapi dia cakap dia dok Manjung, seorang tentera laut. Pastu kami pun bertukar nombor telefon.
Aku tunggu jugak mamat nih call aku. Lambat sungguh. Selalunya orang laki ni dapat nombor terus call. Aku sms dia. Tak berbalas. Aku tak sabar. Aku call dia. Laaa...dok ataih motor ka. Dia macam marah2 aku sebab aku tak sabar. Dia kata malam2 laa skit sebab dia skang tengah bawak motor nak balik base. Erkkk...aku pun macam segan2 ler jugak. Tak pe, muka tak nampak.
Malamnya dalam pukul 11 aku dapat sms dari mamat nih. Dia kata dia chatting sebab dia tak ramai kawan dalam base. Dia baru balik dari Labuan. Dia pesan awal2 dia tak suka sembang dalam telefon. Tak kisah laa. Kami pun mms gambar masing-masing. Gambar dia masa tuh kat pizza hut, masa dia kurus. Nampak macam biasa jer. Gambar aku lak masa dalam keta. Gambar tengah koya. Haha...
Dalam sebulan laa jugak kami kenal main sms dengan call jer. Call pun kejap2. Sms time2 malam sebelum dia nak tidur. Buat ubat tidur rupanya aku nih. Lepas puas main sms jer dia pun beri cadangan, nak jumpa aku. Sementelah Teluk Intan dengan Lumut ni memang dekat. Aku cakap, aku sanggup jer pegi sana. Tempat pertemuan: The Store Manjung (masa tuh di kenali sebagai Fajar).
To be continued...


salam dulu masa Cikgu chat mirc pakai nick per....bes la story hang..
Post a Comment