Aku ni memang tak boleh tengok bola larrr...Maksud aku bukan aku tak suka atau phobia tengok sebiji bola. Maksud aku di sini aku memang pantang kalau tengok bola. Kalau tengok mesti bersuara. Tak kira dalam TV atau live depan mata. Kalah orang laki tengok. Kadang2 tuh bertekak dengan suami (in a good way) bila tengok bola. Itu pun bola dalam TV. Kalau live tatau laa sebab aku tak pernah ajak dia tengok bola kat stadium lagik walaupun aku boleh masuk free tengok team bapak aku main. Dulu rajin laa jugak pergi stadium masa bujang. Skang ni dah kawin, dok jauh lak dari stadium memang tak pergi langsung ler.
Tadi ada pertandingan futsal lagik. Ini untuk menyambung setelah berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini di sekolah pada hari Rabu baru-baru ini. Sampai sekarang budak tuh tak datang sekolah. Tapi dengar dari abangnya dia ok. Macam biasa team perempuan pasukan merah (team aku ler tuh) masuk final. Team laki lak kalah masa peringkat kelayakan lalu kena main untuk tempat ketiga. Pasukan merah tak de guru lelaki, guru lain pun tak turun jadi aku ler jadi mastermindnya. Macam laa hebat sangat. Terasa diri macam Jose Mourinho laa pulak.
Tapi tindakan aku tidak seperti Maurinho. Aku lebih bertindak macam bapak aku sendiri. Korang tatau. Bapak aku tuh bila half time, kalau dia tak puas hati dengan anak-anak buahnya dia akan pecah kaca pecah gelas ler. Maksud aku dia akan baling apa dia dapat capai. Kalau ada gelas, dia baling gelas. Kalau ada botol, dia baling botol. Tong sampah pun dia sepak. Tapi aku cuma baling botol mineral atas tanah jer laa. Lepas tu menjerit macam orang gila. Bukan aku marah. Aku geram. Geram main-main jer. Biasa laa, budak pompuan ni main macam lalat hurung taik. Budak laki lak tanak serang betul-betul. Biasa laa tuh, semangat waja semasa menonton bola. Itu baru futsal kanak-kanak peringkat sekolah. Kalau dah wakil sekolah tatau ler aku. Kotnya aku jadi Incredible Hulk.
Apa-apa pun aku ada cadangkan kepada Ustaz. Tahun depan boleh laa tubuhkan team. Bukan apa, rugi bakat yang ada disia-siakan. Aku tengok beberapa orang budak sikit punya laa skill depa. Ada yang boleh buat free kick macam Beckham. Budak kecik plak tuh. Kalau tak buat team bola buat team futsal jer dulu sebagai permulaan. Bukan apa, tahun depan aku nak rehat dari jadi coach softball. Lagipun aku sorang jer jadi latih. Tak de pembantu langsung. Kotnya tahun depan boleh jadi manager cukup laa. Lagipun tahun depan aku tak nak aktif sangat. Nak cari peluang untuk mengandung. Ni melompat sini, melompat sana, lari sini, lari sana. Kadang-kadang jatuh. Tuh sebab tak mengandung. Lagipun doktor nasihat...berehat ler, kena banyak rilek.
Apa-apapun, walaupun orang komplen mutu bola sepak Malaysia makin teruk aku tetap menyokong bola sepak tempatan. Tanpa bola sepak tempatan aku takkan membesar (dan membesar) macam sekarang. Aku takkan ke Universiti dan aku takkan ke Maktab naik kereta kelisa kalau bukan sebab bola sepak tempatan. Sebab bola sepak tempatan inilah sumber rezeki keluarga aku sampai sekarang. Walaupun aku dah bekerja dan dapat menanggung diri sendiri, kali ni giliran adik-adik aku yang sedang berada di Universiti pulak merasanya. Kadang-kadang orang komen team bapak aku. Tapi aku pedulik apa, depa yang komen tak dapat duit. Tapi kalau menang aku pun dapat rasa jugak sikit-sikit. Huhu!
Abis dah!

Post a Comment