Monday, June 15, 2009

Hari Menjerit Sedunia



Hari ini merupakan hari menjerit sedunia bagi aku. Ye lah, murid-murid kebanyakannya sudah lupa dengan pembelajaran mereka. Cuti dua minggu ramai yang tidak menggunakannya dengan membaca dan mengulangkaji pelajaran. Aku rasa agak sedih jugak la, terutama sekali kepada murid-murid kelas bawahan ini. Memang aku akui, murid-murid sekarang tidak macam dahulu, suka membaca. Macam aku sendiri, dulu aku suka membaca bahan bacaan yang dibawa balik oleh arwah ibu yang juga merupakan guru Bahasa Inggeris sekolah menengah. Aku suka membaca cerita-cerita dalam buku Bahasa Inggeris dan melihat gambar-gambar yang menarik. Masa kecil dulu aku juga suka membaca majalah Keluarga, Jelita dan sebagainya terutama sekali ruangan kanak-kanak. Pembacaan inilah yang membantu aku membuat karangan Bahasa Malaysia (sekarang Bahasa Melayu) dalam tajuk "Aku Sepasang Kasut". Dapat A tau!

Aku harap murid-murid sekolah aku ni sedar bahawa aktiviti membaca ini sangat berguna untuk meningkatkan pengetahuan dan juga menjawab peperiksaan. Mungkin media massa perlu memainkan peranan dengan tidak menyogokkan kartun-kartun dan lebih banyak membuat kempen-kempen kesedaran membaca seperti dahulu. Ibu bapa juga perlu memantau aktiviti anak-anak semasa bercuti. Pergilah bercuti di mana destinasi-destinasi tetapi semasa di rumah luangkan sekurang-kurangnya sejam atau dua sehari untuk pembelajaran anak-anak. Tak rugi, untuk anak-anak sendiri kan?

Disebalik semua stress yang berlaku pada hari pertama persekolahan ini, aku mencari kelibat anak-anak "kita" yang balik dari Tadika Kemas. Mana pigi Wawa & Ain? Lepas kelas, aku naik ke atas bilik guru dan mendapati Ain sudah pakai tudung daa...Comel sungguh. Terubat laa minda yang kacau bilau ni. Sampai balik pun tanak tanggal tu...aku tanya tak panas ker. Dia kata tak...



Balik stress lagi. Katil aku runtuh. Don't get me wrong, sebenarnya katil aku dah lama rosak. Tunggu masa jer. Beli masa mula2 kawin dulu. Cap ayam betul. Tido atas lantai laa malam ni. Nasib baik tilam tebal. Boleh sangat nak baiki sendiri tapi aku tak larat nak angkat tilam sorang2. Berat! Kenapa laa katil ni tak runtuh masa Encik Al-Malik ni ada...hmm...Perbelanjaan tambahan untuk gaji bulan hadapan. Yeah!

1 comments:

Firol said...

cuti memang cuti habis....masuk semua blur...macam tak pernah belajar..

aku suke ko mengistilahkan dengan tikus putih dalam komen...

2 golongan tikus putih ialah murid ngan cikgu..kesian tul cikgu asik kena jee