Jam menunjukkan pukul 1.25 tengahari. Semasa itu program Teknik Menjawab Soalan BI sedang diadakan di makmal komputer. Tiba2 Mr. Lee Cooper masuk lalu duduk di hadapanku. Beliau berkata, "GB nak jumpa. Pasal jadual waktu". Aku terpinga-pinga. Ye lah, jadual klinikal belum siap lagi.
Aku masuk bilik boss. Dia jemput duduk dan terus ke agenda penting. Ohh, rupa2nya pekeliling ada sampai. Isi pekeliling itu ialah perhimpunan perlu diadakan setiap minggu. Kesimpulannya jadual yang aku buat ni kena rombak lagi. Nasib baik aku cuma siapkan 3 kelas aje. Kalau dak terbakar gak hati ni, tak semena-mena dengan sekolah2 sekali terbakar sama. Huahahahahah!!!
Selepas itu aku memberitahu tentang laman web SKTB yang hampir tamat tempoh domainya. Boss kasik RM100. Hahahaha lagik! Dah ler siang tadi aku mintak duit untuk pendaftaran Kursus TKRS. Kasik cash lak tuh. RM100 lagik aku kena mintak dari PIBG lak (YDP PIBG skolah aku ni agak kedekut skit, baik yang dulu2. Macam ler duit dia). Kalau lambat sangat aku kena dulukan duit aku...
Apa2 pun rezeki aku murah hari ni. Dapat lak cheque dari LHDN. Ala, duit gaji aku gak tuh...
Apa2 pun rezeki aku murah hari ni. Dapat lak cheque dari LHDN. Ala, duit gaji aku gak tuh...


Post a Comment