Monday, December 15, 2008

Aku sakit hati!!!

Lepas balik dari sekolah aku bukak e-browse. Nak tengok paper lah, apa lagik. Ada pulak berita pasal baby kena buang dalam lubang tandas. Berita utama pasal rombakan subjek akademik pun ada gak tapi aku tak amik peduli sebab macam-macam perasaan yang datang bila aku baca berita pasal baby nih. Marah ada, kecewa ada, nak nangis pun ada. Kesian aku dengan nasib baby tuhSighing Yahoo face. Kalau nak buang pun letak laa depan rumah orang ke, depan hospital ke. Bodoh + bangang + celaka punya ba----bi yang yang buang baby tuhYahoo Angry Emoticon. Dah banyak dah kejadian ni berlaku tapi sebab aku menghayati berita ni dengan penuh khusyuk maka aku pun meluahkan laa perasaan aku kat sini. Diaorang ni senang-senang je nak buang baby, sedangkan aku yang bernikah secara halal ni susah plak nak mengandung. Bukan aku menidakkan tentuan Ilahi tapi aku cuma geram kat diaorang ni. Daripada buang macam tuh, baik naik bas, datang Teluk Intan pehtu kasik baby ni kat akuTongue Yahoo smiley. Aku siap bagitau kat hubby aku, "Jom amik baby ni jadik anak angkat?". Nasib baik kat Changlun...jauh. Baby-baby yang kena buang semuanya comel-comel. Tak kesian ke wei? Kalau baca Harian Metro lagi le rasa pilunya...Cry Emotion

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Bayi dibuang dalam lubang tandas awam

Oleh Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bharian.com.my

BAYI yang ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas kini mendapat rawatan di Hospital Jitra.

CHANGLUN: Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah nasib seorang bayi lelaki yang ditemui masih hidup selepas dibuang dalam lubang tandas awam di pasar basah Perkampungan Tradisi, Lembah Keriang dekat sini, semalam.

Bayi seberat 2.4 kilogram itu ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan.

Sementara itu, seorang penduduk, Rofidah Md Noor, 45, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan bayi itu oleh seorang lelaki berusia 30-an, kira-kira jam 10 pagi.

“Sebaik dimaklumkan, saya bergegas ke tandas dan mengambil bayi itu sebelum membalut badannya dengan surat khabar.

“Ketika ditemui, bayi itu dalam keadaan lemah dan sedang menghisap jari dipercayai lapar, manakala kakinya lebam,” katanya.

Rofidah percaya bayi itu baru dilahirkan berdasarkan kesan darah dalam tandas berkenaan.

Bayi itu dibawa ke Pusat Kesihatan Changlun sebelum dipindahkan ke Hospital Jitra untuk rawatan lanjut.

2 comments:

lynda_siebie said...

memang bahalol+bangang+bengap minah yg buang baby tu.....otak letak kat lutut...tu la psl....boleh dia buang baby yg still hidup tu kat dlm toilet....cuba kepala dia kita sumbat2 kat dlm toilet tu...baru dia tau....hangin tol aku.....binatang pun tau syg anak la wei....badigol tol!!! ha kan dah dapat......

emmii said...

huh, idop linda! lepas ni hukuman pada sapa yang buang bayi adalah sama seperti apa yang mereka buat pada bayi tersebut...macam ko kata: kalau buang dalam lubang tandas kita sumbat kepala dalam tandas, kalau buang dalam sungai kita selam2 kepala dia dalam sungai sampai lemas...O yeah!