Ini adalah susulan daripada drama swasta Love @ Da' 1st Sight dan Love @ Da' 2nd Sight.
Selepas bertemu dengan Encik Malik pada hari Sabtu, kami berjanji bahawa pada hari Ahad kami nak berehat. Rehat kepala hangguk kitaoranglah...Pagi tuh aku call dia, aku cakap aku bosan. Lepas tuh dia ajak jumpa lak. Hahahaha...sebenarnya aku pun nak jumpa dia jugak.
Destinasi kami seterusnya ialah ke Ipoh. Yang lawaknya sepanjang perjalanan aku ke Ipoh aku asik nak terkencing jer. Aku rasa pundi kencing aku terkena jangkitan kuman, so pundi kencing rasa macam gatal-gatal macam nak terkencing jer. Setiap 5 minit jer nak kencing. Ke aku yang gatal? Hahahahahah!!! Tapi sebelum tuh masa study aku pernah kena macam tuh, masa aku aktif bersukan dan kurang minum air (doktor cakap).
Kami sampai di Tesco Ipoh. Masa tuh aku tak berapa minat nak pergi Jusco. Bagi aku Tesco laa the best. Ye lah, masa tuh tak reti nak bergaya dengan beg-perfume-kasut yang berjenama. Tempat pertama kami singgah di Tesco tuh ialah tandas. Solution terakhir ialah dengan meletakkan tisu di celah-celah ____. Akhirnya, masalah bladder aku dapat diselesaikan. Dapatlah aku berdating dengan amannya.
Aku ingat lagi semasa di men's clothing line. Semasa Encik Malik sedang membelek pakaian, aku berada di belakang beliau. Dengan panduan dan doa daripada Puan Norhasliza Haliap, aku baca sikit-sikit, lepas tuh aku hembus belakang tengkuk dia 3 kali. Aku tatau dia sedar atau tak. Nak hembus dekat-dekat tak berani arr. Ada laa dalam jarak 1 meter aku dok belakang dia tuh. Doa ni menurut kata Puan Norhasliza, kalau kita yakin dia adalah jodoh untuk kita baca doa kemudian hembus. Bila aku cerita kat Liza balik dia gelak...dia tak sangka aku mandremkan suami aku tuh.
Aku tak ingat pukul berapa kami sampai Manjung. Tapi yang pasti masa tuh dah malam. Kami singgah Masjid Manjung untuk solat (perghhh...baiknya). Selepas solat, kami dok kat Waterfront. Sembang-sembang. Haa, kat situlah dia menyuarakan isi hatinya yang suci dan murni itu. Wahahahahahahaha!!! Aku terkedu (konon!)
Lepas sesi menyuarakan hasrat hati masing-masing aku hantar dia balik. Kali ni dia letak motor dia kat Maybank Lumut. Dengan hati yang berbunga, aku memandu kembali ke Simpang 4. Tak sampai 5 minit aku dengar handphone aku berbunyi. Aku angkat. Rupa-rupanya dia lagik. Bukan dia rindu aku, tapi dia tertinggal handphone, wallet dan segala mak nenek dokumen dalam pouch dia dalam kereta aku. Hahahahahahaha!!!
Aku pusing balik ke destinasi di mana aku hantar dia tadi. Aku ketawa. Dalam tawaan, aku berkata "Aii, tuh laa. Mesti kepala otak dok fikir benda lain nih sampai tertinggal macam-macam". Hoho...
(TO BE CONTINUED...)


Post a Comment