Sunday, February 21, 2010

Love @ Da' 2nd Sight

Ini merupakan sambungan daripada kisah Love @ Da' 1st Sight. Buat ketika ini Encik Al Malik berada di lautan selama seminggu.


Haha, prebet laa konon!

Malam sebelum aku bertemu dengan beliau aku makan malam dengan seorang mamat yang bekerja sebagai pegawai JPJ. Umur dah 30-an, mungkin lewat 30-an. Tak hensem mana pun tapi yang aku tak tahan bila dia suka brag about himself. Maksud aku suka cakap pasal kelebihan diri dia. Antaranya, dia cakap dia terer main boling laa, dah wakil sini sana laa. Bila aku suarakan aku nak jumpa sorang mamat navy keesokan harinya dia macam tak kasik. Dia tanya pangkat apa? Aku cakap "Prebet kot?". Hihihihihihi!!! Sebenarnya aku tatau apa pangkat Encik Al Malik sebenarnya. Maka, mamat JPJ tuh pun nasihat aku pelbagai, katanya fikir masa depan laa, geng-geng navy ni jahat laa. Padahal dia pun jahat jugak sebab suka tanya aku benda-benda lucah yang aku sendiri malas nak jawab. Aku cakap, kalau nak tau pasal pompuan ni kawin laa!!! Aku bertegas aku nak jumpa jugak Encik Al Malik.

Keesokannya, setelah bertemu di Fajar Manjung (The Store) kami terus ke tempat destinasi yang dirancang di dalam telefon malam sebelum itu. Hati ketika ini agak berdebar-debar kerana aku tak sangka beliau begitu hensem. Kami ke Taiping, tempat asal Encik Al Malik. Bukan nak jumpa keluarganya tapi aku nak mengimbau kembali kenangan aku belajar di sana, Seratas (Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah). Dua tahun jugak aku kat sana dan ia adalah the best memories ever.

Kami ke Lake Garden, makan McD. Lepas tuh kami ronda-ronda tanpa arah tuju. Semasa Encik Al Malik pergi membeli minuman, aku sempat call Puan Norhasliza Haliap yang sedang menggoreng ikan bahawa jejaka yang aku bertemu ketika ini tersangat laa hensem. Macam ni "Liza...hensemnya diaaaaaa!!!" siap ada jerit-jerit kecil macam remaja yang mengada-ngada. Selepas itu kami ke Zoo Taiping, tak masuk pun sebab hujan. Kami makan mee goreng kat sana.

Selepas itu kami tatau nak ke mana. Hari masih awal (sebab jumpa beliau pukul 8:00 pagi, gila awal dating), maka aku suggest, jom pi Penang? Beliau bersetuju laa plak...bukan apa. Kami dah ikat kontrak sebelum itu. Dia akan memandu sepanjang pertemuan kami di hari itu (skang ni, mengantuk skit suruh aku bawak kereta). Kami pun ke Penang, memula jumpa kawan aku, Far. Lepas tuh pegi Tesco, beli McD lagik lepas tuh makan depan Seagate. Kami tak sempat pegi banyak tempat sebab curfew dia sebelum pukul 12:30. So kami kena bertolak awal dari Penang.

Sampai je di Fajar, tempat beliau parking motor. Aku membabaikan diri. Tak merancang pun pertemuan seterusnya. Sampai rumah aku sms beliau menyatakan aku dah sampai. Hati dah berbunga-bunga. Beliau, aku tatau laa...

(TO BE CONTINUED)

2 comments:

Firol said...

cerita cinta ni

syafiq said...

mantap crita love at 1st sight&2nd sight...t'kenang seseorang