Friday, August 29, 2008

Beli laptop baru

Yey...smalam aku pi Teluk Intan nak bayar Courts Mammoth sebenarnya. Aku terfikir gak nak beli laptop kat Seng Heng secara berhutang 0% instalment. So, aku amik ler lebih skit. Lepas tuh aku masuk ler ada satu kedai komputer dekat-dekat bandar baru tuh. Adoi laa...aku ni memang jenis kalau tengok terus beli. Tak de nak survey2 dulu.

Makanya, aku pun terbeli ler laptop baru ni. Laptop berjenama Acer Aspire AMD ku pilih kerana aku gila main game. Yang penting ialah specificationnya kena lengkap dengan graphic card untuk main game & ada antivirus tercanggih di dunia untuk menepis segala anasir-anasir jahat daripada memasuki laptopku tersayang. Ahahahahah!!!

Dah lama aku berhajat nak membeli laptop sendirik. Akhirnya tercapai jugak hajatku. Akan ku jaga harta ini sehingga ia terlupus di sisiku. Ewah!

0 comments: